Syiah Dan Sahabat
Umumnya Sahabat Dan Keistimewaannya
Definisi Dan Titik Perbezaannya
Penghormatan Syi'ah Terhadap Sahabat
Sahabat Mengikut Batas Kitab Dan Sunnah
Qudamah bin Mad'un (Maz'un)
Siasah Umar Terhadap Sebahagian Sahabat
Riwayat Sahabat
Hadith Abu Hurairah
Hadith Ummahat al-Mu'minin
Tuduhan Mencaci Sahabat
Perbincangan Akhir
Penelitian Dan Kajian Sebelum Membuat Hukum

Siasah Umar Terhadap Sebahagian Sahabat

Umar bin al-Khattab tidak mensabitkan keadilan Abu Hurairah; manakala beliau mengutusnya ke Bahrain, dia membawa pulang bersamanya sepuluh ribu dinar.Adakah anda mengumpul kekayaan dengan harta ini wahai musuh Allah dan musuh KitabNya? Abu Hurairah menjawab:"Aku bukan musuh Allah dan bukan musuh KitabNya, tetapi aku adalah musuh sesiapa yang memusuhi kedua-duanya." Umar berkata:"Dari manakah anda mendapatkan harta-harta itu?"Dia menjawab:"Kuda membiak, hasil tanaman yang subur, seorang hamba untukku dan hadiah-hadiah diberikan (untukku)."[1]

Mengikut Ibn Abd Rabbih, Umar telah menjemput Abu Hurairah dan berkata kepadanya:"Aku tahu aku menghantar anda bertugas di Bahrain, anda tidak berkasut, kemudian telah sampai kepadaku (berita) anda telah menjual kuda-kuda dengan harga seribu enam ratus dinar."Abu Hurairah menjawab:"Aku mempunyai beberapa ekor kuda yang membiak, dan hadiah-hadiah yang berterusan."Umar berkata:"Aku telah memberi sara hidup dan pertolongan yang lain kepada anda, ini adalah lebihan (daripada pendapatan)."Abu Hurairah menjawab:"Ini bukan untuk anda."Umar berkata:"Ya! Demi Tuhan aku akan memukul belakang anda, kemudian beliau mengambi tongkat dan memukulnya sehingga berdarah, kemudian dia berkata:"Berikannya kepadaku."Abu Hurairah menjawab:"Aku akan meminta supaya ia dihisab di sisi Allah."Umar berkata:"Jika anda memdapatinya secara halal, anda akan menunainya secara taat. Adakah anda datang dari pelusuk Bahrain, anda mengenakan cukai ke atas orang ramai untuk diri anda, bukan untuk Allah dan bukan untuk orang-orang Islam?"[2]

Demikianlah kami dapati Umar menghadapi Abu Hurairah dengan begitu tegas dan menuduhnya telah mengkhianati harta Muslimin. Dan juga mengaitkannya dengan musuh Allah dan musuh KitabNya dan tidak mempercayai apa yang diperkatakannya.

Sekiranya Abu Hurairah seorang yang adil mengikut pandangan 'Umar nescaya beliau mempercayai kata-katanya.[3]Dan beliau akan berkata:Anda adalah seorang yang adil atau seorang mujtahid yang tersalah. Demikian juga pendirian Umar terhadap Khalid bin al-Walid mengenai jenayahnya yang besar terhadap Malik bin Nuwairah, isterinya dan kaumnya.[4]

Al-Baladhuri menerangkan kepada kita bagaimana Abu-l-Mukhtar Yazid bin Qais mengadu kepada Umar bin al-Khattab mengenai pegawai-pegawai di al-Anwaz yang telah mengumpul harta kekayaan, lalu Umar menghukum mereka dan menuduh mereka sebagai pengkhianat.[5]Oleh itu "pengkhianatan" tidak selaras dengan keadilan.

Terjemahan:"Beginilah kamu, kamu sekalian, adalah orang-orang yang berdebat untuk (membela) mereka dalam kehidupan dunia ini. Maka siapakah yang akan mendebat Allah untuk (membela) mereka pada hari Kiamat? Atau siapakah yang jadi pelindung mereka (terhadap seksa Allah)?" (Surah 4:109).

Riwayat Sahabat



Nota Kaki:

1. Ibn Kathir, Tarikh, VIII, hlm.113
2. Al-Aqd al-Farid, I, hlm.26
3. Jikalau begitu keadaannya, ulamak yang mempercayai Abu Hurairah, adalah lebih alim daripada Khalifah Umar bin al-Khattab tentang Abu Hurairah.
4. Umar bin Khattab dan Ali meminta Khalifah Abu Bakar supaya mengenakan hukum hudud ke atas Khalid bin al-Walid kerana jenayahnya. Tetapi beliau enggan berbuat demikian. Lihat umpamanya, Ibn Hajar, al-Isabah, III, hlm.336

Abu Bakar telah menghentikan pemberian Khums kepada keluarga Rasulullah SAWA. Tindakan beliau itu adalah bertentangan dengan Surah al-Anfal(18):41, dan berlawanan dengan Sunnah Rasulullah SAWA yang memberi Khums kepada keluarganya menurut ayat tersebut. Lihat umpamanya al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II, hlm.127. Khalifah Abu Bakar juga mengambil kembali Fadak daripada Fatimah selepas wafatnya Rasulullah SAWA. Abu Bakar memberi alasan "Kami para nabi tidak meninggalkan pusaka, tetapi apa yang kami tinggalkan ialah sadaqah." Hujah yang diberikan oleh Abu Bakar tidak diterima oleh Fatimah dan Ali AS kerana ianya bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an seperti berikut:
1. FirmanNya yang bermaksud,"Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) untuk anak-anakmu" - Surah an-Nisa(4):11. Apa yang dimaksudkan dengan "anak-anak" ialah termasuk anak-anak Nabi SAWA.
2. FirmanNya yang bermaksud,"Dan Sulaiman mewarisi Daud" - Surah an-Naml(27):16. Maksudnya: Nabi Sulaiman mewarisi kerajaan Nabi Daud dan menggantikan kenabiannya.
3. FirmanNya yang bermaksud"Maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putra yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub, dan jadikanlah ia, ya Tuhanku seorang yang diredhai" - Surah Maryam(19):5-6.
Ketiga-tiga ayat tadi bertentangan dengan dakwaan Abu Bakar yang berpegang dengan hadith tersebut. Dan apabila hadith bertentangan dengan al-Qur'an, maka ianya (hadith) mestilah diketepikan.
4. Kalaulah hadith tersebut adalah benar, ini bermakna, Nabi SAWA sendiri telah cuai untuk memberitahu keluarganya mengenai Fadak dan ianya bercanggah dengan firmanNya yang bermaksud,"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" - Surah al-Syu'ara(26):214.
5. Hadith tersebut hanya diriwayatkan oleh Abu Bakar sahaja dan ianya tidak boleh menjadi hujah kerana Fatimah dan Ali AS menentangnya. Fatimah AS berkata:Adakah kamu sekarang menyangka bahawa aku tidak boleh menerima pusaka, adakah kamu menuntut hukum jahiliyyah? Tidakkah hukum Allah lebih baik bagi orang-orang yang yakin....Adakah kamu wahai anak Abi Qahafah mewarisi bapa kamu sedangkan aku tidak mewarisi bapaku? Sesungguhnya kamu telah melakukan perkara yang keji. Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghat al-Nisa, II, hlm.14; Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa, II, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79, 92.
6. Fatimah dan Ali AS adalah di antara orang yang disucikan Tuhan di dalam Surah al-Ahzab (33): 33 dikenali dengan nama ashab al-Kisa'. Dan termasuk orang yang dimubahalahkan bagi menentang orang Nasrani di dalam ayat al-Mubahalah atau Surah Ali Imran (3):61.
Adakah wajar orang yang disucikan Tuhan, dan dimubahalahkan itu menjadi pembohong, penuntut harta Muslimin yang bukan menjadi haknya?
7. Jikalau dakwaan Abu Bakar itu betul ianya bermakna Rasulullah SAWA sendiri tidak mempunyai perasaan kasihan belas sebagai bapa terhadap anaknya. Kerana anak-anak para Nabi yang terdahulu, menerima harta pusaka dari bapa-bapa mereka.
Kajian mendalam terhadap Sirah Nabi SAWA dengan keluarganya menunjukkan betapa kasihnya beliau terhadap mereka khususnya Fatimah AS sebagai ibu dari nenek kepada sebelas Imam. Beliau bersabda:Sesungguhnya Allah marah kerana kemarahanmu (Fatimah AS) dan redha dengan keredhaanmu(al-Hakim,al-Mustadrak, III, hlm. 153, Ibn Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 522, al-Muttaqi al-Hindi, Kunz al-Ummal, IV, hlm.219. Mahyuddin al-Syafi'i al-Tabari, Zakha'ir al-Uqba, hlm.39. Khalifah Abu Bakar dan Umar adalah di antara orang dimarahi Fatimah AS. Beliau bersumpah tidak akan bercakap dengan mereka sehingga beliau berjumpa bapanya dan merayu kepadanya (Ibn Qutaibah, al-Imamah, Wal-Siyasah, I, hlm.14).
Beliau berwasiat supaya beliau ditanamkan di waktu malam dan tidak membenarkan seorang pun daripada "mereka" sembahnyang jenazahnya (Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V. hlm.524; al-Bukhari, Sahih, VI, hlm.177; Ibn Abd al-Barr, al-Isti'ab, II, hlm.751).
Sebenarnya Fatimah AS menuntut tiga perkara:
1. Jawatan  khalifah untuk suaminya Ali kerana dia adalah dari Ahl Bayt yang disucikan dan perlantikan nya di Ghadir Khum yang disaksikan oleh 120,000 orang dan ianya diriwayatkan oleh 110 sahabat.
2 .Fadak.
3. A-Khums, saham kerabat Rasulullah SAWA. Tetapi kesemuanya ditolak oleh Khalifah Abu Bakar. (Ib Abi al-Hadid, Syarah Nahj al-Balaghah, V, hlm.86, al-Baladhuri, Futuh al-Buldan, hlm.44).

Satu lagi perkara yang menyedihkan ialah peristiwa untuk membakar rumah Fatimah AS oleh Abu Bakar, Umar, dan sahabat-sahabat yang lain yang menentang Fatimah dan Ali AS. Al-Tabari menyatakan bahawa Umar datang ke rumah Ali AS dan berkata: Demi Tuhan aku akan membakar kamu semua atau kamu semua keluar untuk memba'ah (Abu Bakar)."(Al-Tabari, Tarikh, III. hlm. 198). Fatimah berkata: Kamu semua membakar anakku juga? Maka Umar menjawab: Ya. Sekiranya kamu semua tidak keluar membai'ah. (Abu l-Fida. Tarikh, I, hlm. 159); Ibn Abd Rabbih,  al-Aqd al-Farid, II, hlm.354; al-Yaqubi, Tarikh, II, hlm. 105; Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm. 12).

Manalkala Nabi SAWA di dalam keadaan tenat beliau meminta pensel dan kertas supaya beliau dapat menulis perkara yang mereka tidak akan berselisih faham mengenainya selepasnya iaitu dia akan melantik Ali bin Abi Talib sebagai khalifah. Maka Umar menegah mereka daripada brebuat demikian dan berkata:Sesungguhnya Rasulullah SAWA sedang sakit tenat. Cukuplah bagi kita Kitab Allah sahaja (Muslim, Sahih, III, hlm.69; al-Bukhari, Sahih, I hlm. 36).
Kata-kata Umar adalah bertentangan dengan sabda Rasulullah SAWA yang meminta supaya dibawa kepadanya pensel dan kertas supaya beliau dapat menulis suatu perkara yang dapat menyelamatkan perpecahan umat Muslimin. Sepatutnya Umar mematuhi perintah Rasulullah SAWA yang terpenting supaya kamu tidak akan berselisih faham selepasnya. Di dalam riwayat yang lain pula dengan lafaz: Kamu tidak akan sesat selepasku.
Al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm, 136, menyatakan bahawa Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengurangkan takbir sembahyang jenazah daripada lima kepada empat takbir, orang pertama mengharamkan nikah Mut'ah, yang pertama yang memindahkan makam Ibrahim ke tempat sekarang. Pada masa Rasulullah SAWA ianya diletak dengan Ka'bah, orang pertama mengenakan 'aul di dalam ilmu pusaka, orang yang pertama yang memerintahkan azan (pertama) dilakukan sebelum azan (kedua) khutbah, orang pertama yang mendahulukan khutbah Sembahyang Hari Raya daripada sembahyangnya.
Khalifah Uthman telah memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah. Tindakan beliau ini (sunnah beliau ini) ialah disebabkan Abu Dhar mengkritik beliau kerana menggunakan harta Baitul Mal untuk keluarganya (Ibn Abd al-Birri), al-Is'tiab, I, hlm. 114; Yaqubi, Tarikh, II, hlm.162;al-Syahrastani, al-Milal, I, hlm.26). Abu Dhar berkata:Sesungguhnya kamu telah melakukan perkara yang tidak ada di dalam Kitab Allah dan Sunnah NabiNya. Demi Tuhan, aku melihat kebenaran dipadamkan, kebatilan dihidupkan, kebenaran dibohongi, cintakan kebendaan tanpa ketaqwaan (al-Yaqubi, Tarikh, II, hlm.161).
Khalifah Uthman juga tidak menjalankan hukum had ke atas Ubaidillah bin Umar bin al-Khattab kerana membunuh al-Hurmuzan dan Jufainah. Sebaliknya memrbawanya ke Kufah dan menetap di sana. Orang Muslimin menentang sunnahnya itu. Imam Ali AS meminta supaya ianya dibunuh. Lantaran itu tidak hairanlah jika Ubaidillah bin Umar menentang Ali AS di dalam Peperangan al-Siffin (al-Isabah, I. hlm. 619: Ibn Sa'ad, Tabaqat, V, hlm. 8-10).
Pengumuman:Sepanjang kajian saya, saya tidak dapati sebarang hukum atau perbuatan Ali AS yang bertentangan dengan al-Qur'an atau Sunnah. Jumhur Ahlul Sunnah tidak mencatat satu perkara pun yang dilakukan oleh Imam Ali AS yang berlawanan dengan al-Qur'an dan Sunnah.Oleh itu saya berkeyakinan bahawa beliaulah yang paling layak untuk dicontohi selepas Rasulullah SAWA. Jikalau Jumhur Ahlul Sunnah benar di dalam riwayat mereka mengenai perkara tersebut, kenapa masih mengikut hukum atau perbuatan mereka (sahabat dan khalifah) yang bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA itu. Dan sekiranya mereka (Jumhur Ahlul Sunnah) berbohong mengenainya,maka dosanya ditanggung oleh mereka sendiri dan orang yang mengikuti mereka kerana mereka mengetahui pembohongan mereka. Malah mereka mengatakan riwayat mereka adalah sahih. Lalu mereka jadikannya perantaraan di antara mereka dan Allah SWT.

5. Futuh al-Buldan, hlm.337
 
 

Free Web Hosting