Syiah Dan Sahabat
Umumnya Sahabat Dan Keistimewaannya
Definisi Dan Titik Perbezaannya
Penghormatan Syi'ah Terhadap Sahabat
Sahabat Mengikut Batas Kitab Dan Sunnah
Qudamah bin Mad'un (Maz'un)
Siasah Umar Terhadap Sebahagian Sahabat
Riwayat Sahabat
Hadith Abu Hurairah
Hadith Ummahat al-Mu'minin
Tuduhan Mencaci Sahabat
Perbincangan Akhir
Penelitian Dan Kajian Sebelum Membuat Hukum

Sahabat Mengikut Batas Kitab Dan Sunnah

Adakah Syi'ah melampaui batas al-Qur'an dan Sunnah apabila mereka mengkritik perbuatan-perbuatan sebahagian sahabat yang terang-terang bertentangan dengan nas, tidak ada ruang untuk ditakwil dn dikompromikan? Kerana pada umumnya sahabat tidak diberikan "kekuasaan pengurusan" di dalam hukum-hukum. Dan mereka pula tidak boleh menyalahi batas-batas hukum. Kerana ijtihad yang menyalahi nas (al-Qur'an dan Sunnah)[1] adalah suatu penolakan terhadap hukum. Dan membelakangi al-Qur'an itu sendiri. Disebabkan kebanyakan sahabat baru memeluk Islam, adalah menjadi lumrah mereka dijinakkan dengan perkara-perkara tertentu. Dan tabiat itu sukar diatasi dengan cepat. Mereka itu tidak semuanya setanding, kerana terdapat di kalangan mereka yang menerima Islam lebih awal. Dan sesiapa yang kuat imannya akan menyibarkan Islam dan membawa "bendera keadilan", dengan niat yang betul. Dan berhijrah dengan iman yang suci. Nabi SAWA bersabda:

Terjemahan:"Sesungguhnya amal perbuatan itu (dikira) dengan niat(niyat)nya, sesungguhnya setiap orang itu (dikira) apa yang ia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang berhijrah untuk dunia yang ditujukan kepada wanita yang ia akan mengahwininya, maka hijrahnya itu kembali kepada niat hijrahnya.[2]

Nabi SAWA ditanya tentang sahabatnya:

Terjermahan:Mereka bertanya:"Wahai Rasulullah! Adakah kami akan diambilkira dengan apa yang kami lakukannya di (masa) jahiliyyah?" Maka Rasulullah SAWA menjawab:"Adapun sesiapa yang telah melakukan kebaikan daripada kamu di dalam (masa) Islam maka ia tidak akan diambilkira dengannya (amalannya di masa jahiliyyah) dan sesiapa yang melakukannya (di masa Islam) akan diambilkira (amalannya) di masa jahiliyyah dan Islam."[3]

Riwayat daripada Sahib berbunyi:

Terjemahan:"Tidak beriman dengan al-Qur'an orang yang menghalalkan apa yang diharamkanNya."[4]

Ibn Umar berkata: Rasulullah SAWA menaiki mimbar masjid, lalu beliau menyeru dengan suara yang lembut:

Terjemahan:"Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya, imannya tidak sampai ke hatinya, janganlah anda menyakiti Muslimin, memalukan mereka, mencari keaiban mereka. Sesiapa mencari keaiban saudara Muslimnya, nescaya Allah akan mendedahkan keaibannya. Dia akan mendedahkan sekalipun dia berada di dalam "perjalanannya" yang jauh."[5]

Demikian betapa jelasnya kepada kita hadith-hadith Nabi SAWA dan ayat-ayat al-Qur'an yang menunjukkan bahawa manusia adalah sama di hadapan hukum-hukum Allah SWT sama ada sahabat atau tidak. Dan untuk menentukan keadilan adalah bergantung kepada perbuatan individu. Tidak ada ertinya keadilan tanpa amal.

Sahabat sepatutnya melakukan keadilan lebih ketara lagi. Pendapat yang mengatakan ijtihad mereka adalah mutlak, menghadapi kesukaran di dalam menentukan keadilan. Hasilnya menjadi beku dan tidak memberi erti banyak faedah. Kerana melakukan  ta'wil ketika wujudnya nas bermakna menolak hukum (yang ditetapkan oleh nas). Oleh itu tidaklah sah mereka menakwilkannya kerana ianya bercanggah dengan zahirnya. Kemudian mereka pula mengharuskan (bagi mereka) menyalahi zahirnya. Kerana hukum adalah sama bagi manusia untuk menentukan keadilan mereka. Justeru itu tiada siapa pun yang boleh untuk tidak mematuhinya atau tidak melaksanakannya.

Bagi kami politik Imam Ali bin Abi Talib dan sirahnya pada masa khalifah-khalifah yang terdahulu daripadanya dan masa pemerintahannya adalah menjadi bukti yang kuat kepada apa yang kami perkatakan. Beliau melaksanakan hukum had ke atas orang yang melampaui hudud Allah dan menilai seseorang pengikut perbuatannya. Jika seseorang itu besar kedudukannya di sisi Allah, maka besarlah kedudukannya di sisinya. Berapa banyakkah beliau menyeru orang yang mereka namakan sahabat, telah menyalahi Kitab Allah dan Sunnah RasulNya dan memeranginya pula?

Beliau mengisytiharkan dirinya bersih daripada mereka malah mengisytiharkan cacian beliau ke atas sebahagian mereka di atas mimbarnya kerana mereka menyalahi Kitab Allah dan Sunnah NabiNya SAWA.

Sesiapa yang mengkaji perjanjian-perjanjian Imam Ali AS dengan pegawai-pegawainya, wasiat-wasiatnya kepada pemerintah-pemerintah angkatan tenteranya, dan surat-suratnya kepada gabenor-gabenornya,[6] nescaya dia akan dapati betapa tidak betulnya kata-kata bahawa semua sahabat adalah adil, sekalipun mereka melakukan apa yang telah diharamkan Allah SWT.

Kita tidak berpeluang untuk membicarakan tentang sirah Imam Ali AS dengan panjang lebar ketika kita membicarakan sahabat. Walau bagaimanapun sahabat-sahabat Muhammad SAWA mestilah menjauhi apa yang dilarang oleh Allah Ta'ala, berhidayah dengan hidayah RasulNya, dan tidak membuka peluang kepada sesiapapun untuk menakwil bagi menentang nas. Kerana ijtihad mempunyai syarat-syarat. Semoga kisah Qadamah sebaik-baik bukti bagi menjelaskan perkara ini.

Qudamah bin Mad'un (Maz'un)


Nota Kaki:

1. Sunnah Nabi SAWA tidak boleh berlawanan dengan al-Qur'an.
2. Muslim, Sahih, IV, hlm.48
3. Muslim, Sahih, I, hlm.77. Hadith di atas adalah lebih umum daripada apa yang dikatakan hadith (terjemahan):"Islam memotong apa yang sebelumnya." Iaitu Islam tidak mengambilkira perbuatan (jahat) yang dilakukan oleh seseorang sebelum ia menerima Islam secara khusus, tetapi hadith di atas memberi penjelasan yang lebih jauh iaitu sekiranya orang yang sama melakukan "perbuatan" yang sama semasa Islam, maka kedua-dua "perbuatannya" itu akan diambilkira.
4. Al-Turmidhi, Sahih II, hlm.151
5. Syarif al-Radhi, Nahjul Balaghah, Beirut, 1967, hlm.459-466
6. Syarif al-Radhi, Nahjul Balaghah, Beirut, 1967, hlm. 459-466

Free Web Hosting