Syiah Dan Sahabat
Umumnya Sahabat Dan Keistimewaannya
Definisi Dan Titik Perbezaannya
Penghormatan Syi'ah Terhadap Sahabat
Sahabat Mengikut Batas Kitab Dan Sunnah
Qudamah bin Mad'un (Maz'un)
Siasah Umar Terhadap Sebahagian Sahabat
Riwayat Sahabat
Hadith Abu Hurairah
Hadith Ummahat al-Mu'minin
Tuduhan Mencaci Sahabat
Perbincangan Akhir
Penelitian Dan Kajian Sebelum Membuat Hukum

Perbincangan Akhir

Sesungguhnya fikrah menuduh Syi'ah mencaci sahabat dan mengkafirkan mereka, telah dibentuk oleh kuasa politik yang kejam. Dan usaha pengukuhannya dibuat oleh ulama upahan. Mereka menjual diri mereka dengan harga yang murah. Mereka tidak mengkritik orang yang melakukan kezaliman, malah mereka berdamping dengan mereka dengan mencaci sahabat.

Musuh-musuh agama mengambil peluang ini untuk meluaskan lagi perpecahan bagi mencapai matlamat mereka. Mereka begitu bersemangat menaburkan fitnah, menyalakan api permusuhan di kalangan Muslimin tanpa penelitian dan berfikiran jauh dan membuatkan hati mereka penuh dengan kemarahan.

Dengan hukuman siasah atau politik negara, Syi'ah diserang dengan serangan yang kuat. Dan mulalah orang yang berkepentingan menunjukkan taat setia kepada pemerintah. Ianya telah menjadi sebahagian daripada mentaliti kehidupan masyarakat. Mereka menipu diri mereka sendiri.

Mereka tidak membuka perbincangan ilmiah.[1] Mereka melarang kebebasan berfikir, dan memaksa orang ramai supaya mengakui kekufuran Syi'ah dan menjauhkan daripada mazhab Ahlul Bayt AS. Sekiranya ditanya tentang hakikat tersebut dan meminta supaya mereka membuat penjelasan, jawapannya tidak diberikan, selain daripada mengenakan hukuman taubat. Kami bertanya kepada mereka:
1. Di manakah umat (ini) yang mengkafirkan semua sahabat dan membersihkan diri daripada mereka?
2. Di manakah umat (ini) yang mendakwa para Imam Ahlul Bayt AS mempunyai "kedudukan ketuhanan"?
3. Di manakah umat (ini) yang telah mengambil pengajarannya daripada Majusi kemudian mencampurkannya dengan aqidahnya?
4. Di manakah umat (ini) yang telah mengubah al-Qur'an dan mendakwa kurang?
5. Di manakah umat (ini) yang telah mereka-reka mazhab-mazhab yang terkeluar daripada Islam?

Sesungguhnya mereka tidak menjawabnya, kerana pemerintah telah menetapkan tuduhan-tuduhan tadi. Lantaran itu mereka tidak boleh menyalahinya, kerana ianya tidak boleh menyakinkan mereka dengan bahasa ilmu. Alangkah hampirnya jalan untuk mengetahui hakikat sekiranya seseorang itu mempunyai fikiran yang luas, suka mengkaji, takut kepada Allah dan menjaga agama.

Tidakkah tasyayu' satu pengajaran yang mengandungi sebilangan besar daripada sahabat-sahabat Muhammad SAWA. Mereka adalah orang yang telah ikut serta di dalam peperangan Badar dan Ahlul Bai'ah Ridhwan? Terdiri daripada orang yang mengakui Ali AS sebagai wali dan berpendapat beliaulah yang lebih berhak kepada khalifah.

Tidakkah di kalangan Syi'ah ulama yang diakui oleh semua disebabkan tingginya keilmuan mereka dan orang ramai memerlukan mereka. Mereka itu terdiri daripada guru-guru ulama besar daripada Abu Hanifah, Syafi'i, Ahmad dan lain-lain lagi. Penulis-penulis Sihah telah menulis perawi-perawi daripada Syi'ah yang mana bilangan mereka lebih daripada 300 orang.[2] Di sini tidak sesuai untuk menyebutkan nama-nama mereka. Kami akan membincangkannya di tempat lain.

Tidaklah di kalangan Syi'ah pembawa-pembawa risalah Islam, mereka menanggung segala kesusahan untuk menjalankannya. Di kalangan mereka pembawa fiqh. Jika mereka tidak ada, nescaya hilanglah fiqh keseluruhannya dan hilanglah pengajian-pengajian Islam? Syi'ah mempunyai "kekuatan" untuk menjaga warisan Islam dan menjaganya daripada permainan politik duniawi.

Penelitian Dan Kajian Sebelum Membuat Hukuman



Nota Kaki:

1. Perbuatan baik dan buruk seseorang sahabat itu telah dicatatkan oleh para ulama di zaman silam. Lihat umpamanya, al-Tabari, Tarikh dan Tafsirnya, al-Waqidi, Kitab al-Maghazi, Ibn Hisham, Sirah, al-Yaqubi, Tarikh, Ibn Athir, Tarikh dan Usd al-Ghabah, Ibn Qutaibah, al-Imamah Wal-Siasah, dan Kitab al-Ma'arif, Ibn Kathir, Tarikh dan Tafsirnya, al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, al-Baidawi, Tafsir, Ibn Hajr al-Asqalani, al-Isabah, dan Fath al-Bari, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa' dan Tafsirnya, al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Ahmad bin Hanbal, Musnad, al-Bukhari, Sahih dan Tarikhnya, Muslim, Sahih, al-Nasai, Sunan, Fakhru al-Din al-Razi, Tafsirnya, al-Muttaqi al-Hind, Kunz al-Ummal, Ibn Abd al-Birr, al-Istiab Fi Isma al-Sahabah, dan lain-lain lagi. Sebagai langkah-langkah permulaan kajilah buku-buku tersebut dengan fikiran yang bebas dan insaf. Dan nilailah perbuatan mereka dengan al-Qur'an. Dan bertanyalah kepada diri sendiri, kenapa "mereka" melakukannya dan kenapa mereka pula mencatatkan perkara-perkara yang tidak kita menyetujui? Sekiranya jumhur Ahlul Sunnah benar di dalam riwayat mereka kenapa kita masih mengikut bid'ah mereka? Tentu sekali ianya bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah yang sebenarnya. Sekiranya mereka berbohong, maka dosa akan ditanggung oleh mereka, dan orang yang mengikut mereka. Kerana mereka mengatakan riwayat mereka adalah Sahih. Oleh itu perbuatan atau hukum yang dilakukan oleh sahabat yang bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah yang sebenarnya, hendaklah diketepikan kerana menjaga kesucian al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA yang sebenar itu adalah segala-galanya.
2. Al-Amini, al-Ghadir, III, hlm.40-60.

Free Web Hosting