Syiah Dan Sahabat
Umumnya Sahabat Dan Keistimewaannya
Definisi Dan Titik Perbezaannya
Penghormatan Syi'ah Terhadap Sahabat
Sahabat Mengikut Batas Kitab Dan Sunnah
Qudamah bin Mad'un (Maz'un)
Siasah Umar Terhadap Sebahagian Sahabat
Riwayat Sahabat
Hadith Abu Hurairah
Hadith Ummahat al-Mu'minin
Tuduhan Mencaci Sahabat
Perbincangan Akhir
Penelitian Dan Kajian Sebelum Membuat Hukum

Tuduhan Mencaci Sahabat

Sesungguhnya tuduhan mencaci sahabat telah menular penyakitnya di dalam masyarakat sehingga mengubatinya adalah suatu kemuliaan. Hukumnya telah dilaksanakan tetapi percanggahannya amatlah besar. Dakyah tersebut telah pun merebak dalam masyarakatnya yang berajakan emosi buta dan asabiyyah melulu.

Tinggallah "hakikat itu" di hadapan situasi yang menyedihkan dengan keadaan tangannya terikat. Lalu diturunkan tanpanya tirai kepalsuan. Di kelilingi dengan bermacam-macam rintangan. Dan didirikan beribu-ribu halangan untuk sampai kepadanya, dan senjata kekerasan adalah segala-galanya. Kerana pemerintah telah menetapkan hukum kafir dan zindiq ke atas penentang-penentang kepada politiknya. Mereka tidak boleh melakukan sesuatu selain daripada tuduhan mencaci sahabat atau mencaci Abu Bakr dan Umar secara khusus.

Dan apabila ahli fikir cuba mengkaji perkara tersebut, tuduhan itu pula dikenakan kepada mereka oleh pemerintah yang zalim itu.

Apabila pemerintah hendak menghukum seorang Syi'ah kerana mazhabnya, ia tidak akan menyebut nama Ali,[1] malah dijadikan sebab penyeksaan tersebut ialah kerana dia mencela Abu Bakr dan Umar. Hakikat ini telah diterangkan oleh Ibn al-Jauzi di dalam bukunya al-Muntazam[2] dan Ibn al-Athir di dalam al-Kamil[3] bahawa di dalam peristiwa tahun 407 Hijrah, Syi'ah dibunuh di seluruh negara Afrika dan dijadikan sebab pembunuhan tersebut ialah kerana mereka dituduh mencaci Abu Bakr dan Umar.[4]

Alangkah banyaknya kekejian hitam dan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan telah berlaku, sealiran dengan politik pemerintah yang tidak ada kaitan dengan pemerintahan Islam; menghukum Syi'ah terkeluar daripada agama Islam.

Masalah ini telah terbongkar dan ianya tidak memerlukan penerangan yang lebih lanjut untuk menerangkan sebab-sebab yang membawa berlakunya peristiwa-peristiwa yang menyedihkan, dan berlakunya jenayah-jenayah yang ngeri dan layanan terhadap Syi'ah Ahlul Bayt dengan layanan yang keras.

Tidak syak lagi, sesungguhnya kebebasan Syi'ah dari segi spiritual yang tidak mengiktiraf pemerintah yang tidak menghormati ajaran-ajaran agama, dan tidak iltizam dengan perintah-perintah syarak, membuatkan mereka menjadi musuh kepada pemerintah.

Syi'ah menghadapi banyak kebuntuan di dalam gerakan dakwah mereka disebabkan permusuhan mereka terhadap negara dan penentangan mereka kepada pemimpin-pemimpin yang zalim. Sebagaimana juga Syi'ah telah bertembung dengan kemenangan-kemenangan jika tidak wujudnya kebuntuan-kebuntuan yang membuatkan mereka terkebelakang, tetapi aqidah mereka yang kuat akan menolong mereka mengembalikan kedudukan mereka di dalam sejarah, untuk membawa risalah Islamiyyah, mereka sendiri mestilah mengamalnya. Dan mereka wajib meneruskan perjuangan mereka di bawah bayangan dakwah Ahlul Bayt AS.

Mereka mempunyai kedudukan yang besar di dalam penyebaran kesedaran Islam dan pembebasan pemikiran daripada belenggu kejumudan. Lantaran itulah musuh-musuh mereka tidak dapat mencari penyelesaian kepada masalah ini selain dari mengenakan tuduhan-tuduhan terhadap mereka. Lantas masyarakat menerimanya.

Mereka melakukan bermacam-macam tuduhan. Mereka mengambil penulis-penulis upahan untuk menjayakan tujuan mereka. Mereka berkata:Syi'ah mengkafirkan sahabat Muhammad SAWA dan mencaci mereka. Dengan berbuat demikian bermakna mereka mencaci Nabi SAWA dan mereka juga melemparkan tuduhan terhadap Ummahat al-Mu'minin dan lain-lain

Mereka menggunakan kaedah yang telah ditetapkan oleh ulama jahat iaitu: Apabila anda melihat seseorang mengkritik salah seorang sahabat Muhammad SAWA, ketahuilah ia adalah seorang zindiq, kerana Rasulullah SAWA adalah benar, dan al-Qur'an adalah benar. Sesungguhnya sahabat Rasulullahlah yang menyampaikan kepada kita al-Qur'an dan al-Sunnah. Sesungguhnya mereka mahu menolak saksi-saksi kita bagi menolak al-Kitab dan al-Sunnah. Oleh itu mereka itu lebih layak ditolak, mereka adalah zindiq.[5]

Mereka menjatuhkan hukuman ke atas sesiapa yang dituduh mencaci Syaikhain, Abu Bakr dan Umar. Dia tidak perlu dimandi dan  tidak perlu disembahyangkan, syahadatain tidak diperkirakan lagi dan dia ditolak dengan kayu sehingga lubang kuburnya ditutup.[6] Dan sekiranya dia bertaubat, maka taubatnya pula tidak diterima, malah dia wajib dibunuh.[7]

Sebahagian mereka berpendapat (binatang) penyembelihannya adalah haram, dan bernikah kahwin dengannya juga haram. Dan di sinilah tersebarnya fikrah mengkafirkan Syi'ah. Kerana pemerintah dengan sistemnya menindas atau menghapuskan mereka dengan alasan bersandarkan syarak. Tetapi ianya jauh daripada itu. Politik adalah buta, kebenaran tidak ada nilainya lagi di sisi ulama yang jahat, yang mempertahankan pemerintah dan menyesatkan orang awam.

Apa yang anehnya sebahagian daripada ulama upahan mengambil berat tentang agamanya, tetapi mereka menjadi keberatan untuk menghapuskan sistem yang bertentangan dengan syarak. Mereka membawa hukum yang baru dengan memberi fatwa-politik iaitu wajib membunuh sesiapa yang mencaci sahabat bagi menolak kejahatan mereka, sekalipun mereka tidak mengharuskannya dari sisi syarak, kerana hadith:

Terjemahan:"Tidak halal darah seorang Muslim yang menyaksikan tiada Tuhan selain daripada Allah, Muhammad Rasulullah melainkan melalui satu daripada tiga perkara: duda(atau janda) yang berzina, "pembunuh", dan orang yang meninggalkan agamanya."[8]

Hadith ini telah dipersetujui kesahihannya oleh banyak pihak....Demikianlah fatwa yang diberikan oleh ulama jahat atau ulama upahan.

Dan berapa banyak politik telah mengatasi nas-nas syarak, dan memansuhkan hukum-hukumnya yang telah ditetapkan, kerana politik menghendaki begitu. Sementara ulama (jahat) membuka pintu rezeki dengan agama, berjubahkan kebendaan, digodai oleh syaitan, dan suka berseronok dengan kehidupan  duniawi. Lantaran itu mereka tidak berdiri di sisi hudud Allah, dan menghukum tanpa mengikut apa yang telah diturunkan Allah SWT.

 Maka berkencanglah taufan emosi, dan bertembunglah ombak-ombak pembohongan ke atas Allah dan RasulNya daripada mereka yang berjalan bukan di atas petunjukNya. Mereka tidak meminta penerangan daripada Mujtahid, dan mereka tidak berdiri di garis sempadan, malah setiap urusan, mereka tunduk kepada pendapat pemerintah.

Di sini kami ingin merujuk kepada satu kajian oleh Kasyf al-Ghita', mengenai perbezaan-perbezaan yan penting di antara dua golongan.[9]

"Kami ingin berterus terang (di dalam soal ini) mungkin ianya tidak menyenangkan hati pembaca."Kami berkata:"Sesugguhnya sebab permusuhan di antara dua golongan tersebut ialah kerana Syi'ah berpendapat boleh menyentuh karamah khalifah-khalifah dan mengkritik mereka. Kadangkala sebahagian mereka (Syi'ah) mencaci mereka. Dan ini akan menyakiti golongan lain dan membakar perasaan mereka. Maka dengan ini bertambahlah permusuhan dan pertengkaran di antara mereka.

Jawapannya:Sekiranya kita merenung sedikit mengenainya dan kita kembali kepada hukum akal dan juga hukum syarak, nescaya kita tidak akan mendapati ruang untuk permusuhan.

Pertama: Kerana ini bukanlah pendapat individu sebahagian mereka, dan mungkin tidak dipersetujui oleh majoriti mereka. Kenapa tidak, riwayat-riwayat daripada para Imam Syi'ah (Imam Dua Belas) menegah perkara tersebut. Lantaran itu tidaklah boleh bermusuhan dengan Syi'ah secara umum disebabkan perbuatan sebahagian yang melampau.

Kedua:Jika difardhukan ianya tidak membawa kepada kekufuran dan terkeluar daripada Islam. Maka lebih jauh lagi, ianya tidak menjadi maksiat. Dan alangkah ramainya al-Usat orang yang melakukan maksiat di kalangan kedua-dua golongan yang tadi! Dan kemaksiatan Muslimin tidak wajib memutuskan pertalian persaudaraan Islam di kalangan mereka.

Ketiga:Mungkin ianya juga tidak boleh dimasukkan ke dalam kagetori maksiat, dan kefasikan apabila ianya lahir daripada ijtihad sekalipun ianya salah, kerana telah menjadi perkara yang diterima oleh Ahlul Sunnah di dalam ijtihad:sesungguhnya bagi yang bersalah, ia mendapat satu pahala, dan bagi yang betul ia dapat dua pahala.[10] Ulama Ahlul Sunnah telah "membenarkan" peperangan-peperangan yang berlaku di kalangan sahabat pada permulaan Islam, seperti peperangan Jamal, Siffin, dan lain-lain. Sesungguhnya Talhah, Zubair dan Muawiyah telah berijtihad sekalipun mereka salah di dalam ijtihad mereka. Tetapi ianya, mengikut Ahlul Sunnah, tidak mencacatkan keadilan mereka. Jika ijtihad boleh dijadikan alasan untuk membunuh beribu-ribu jiwa, maka lebih layak lagi ianya dijadikan alasan kepada sebahagian pelampau yang dikatakan mencaci sahabat[11](dengan ijtihad mereka).

Perbincangan Akhir


Nota Kaki:

1. Jika seseorang itu mencaci Ali AS, beliau terlepas daripada tuduhan mencaci Abu Bakr, dan Umar dan pemerintah tidak akan mengambil tindakan terhadapnya.
2. Ibn al-Jauzi, al-Muntazam, Kaherah, 1358 H, VII, hlm.283
3. Al-Kamil, IX, hlm.102.
4. Tidakkah Umar bin al-Khattab juga mencela atau merendah-rendahkan cara perlantikan Abu Bakr atau beliau menceritakan hakikat sebenar perlantikannya? Apabila beliau berkata:
Terjemahan:"Bai'ah orang ramai kepada Abu Bakar adalah satu kebetulan atau keterlanjuran. Dan Allah telah menjaga kejahatannya. Maka sesiapa yang kembali kepadanya, maka kalian bunuhlah ia."
Lihat umpamanya, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm.67, al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, I, hlm.23
5. Al-Khatib al-Baghdadi, al-Kifayah, hlm.49
6. Al-Sarim as-Maslul, hlm.75
7. Rasail Ibn Abidin, I, hlm.364
8. Muslim, Sahih, III, hlm.1303;Rasail Ibn Abidin, I, hlm.364
9. Majallah Risalah al-Islam, jlm.227-228
10. Imam Ja'far al-Sadiq berkata:"Sesiapa yang berijtihad dan betul tidak dapat pahala sebaliknya jika dia bersalah akan menanggung dosa", al-Harani, Tuhafu'l-Uqul, bab Imam Ja'far al-Sadiq AS, hlm. 105
11. Imam Ali AS berpendapat bahawa jika seseorang itu menceritakan perbuatan seseorang dan menyebut keadaan (hal)nya yang bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA adalah lebih tepat dan ianya tidak boleh dinamakan pencaci. Lihat umpamanya, Nahj al-Balaghah, hlm.323. Dan apatah lagi jika seseorang itu menjadi ikutan orang ramai. Jika ianya tidak diperjelaskan, nanti orang ramai percaya bahawa dialah sebagai contoh yang paling baik di dalam semua segi, wal hal terdapat beberapa hukum dan perbuatannya itu terang-terang bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA yang sebenarnya.

Free Web Hosting