Syiah Dan Sahabat
Umumnya Sahabat Dan Keistimewaannya
Definisi Dan Titik Perbezaannya
Penghormatan Syi'ah Terhadap Sahabat
Sahabat Mengikut Batas Kitab Dan Sunnah
Qudamah bin Mad'un (Maz'un)
Siasah Umar Terhadap Sebahagian Sahabat
Riwayat Sahabat
Hadith Abu Hurairah
Hadith Ummahat al-Mu'minin
Tuduhan Mencaci Sahabat
Perbincangan Akhir
Penelitian Dan Kajian Sebelum Membuat Hukum

Hadith Ummahat al-Mu'minin

1. Zainab binti Jahsy wafat pada tahun 20 Hijrah, mempunyai 20 hadith.
2. Safiyyah bin Hayy bin Akhtab wafat tahun 50 Hijrah, mempunyai 1hadith dan ianya diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
3. Saudah bin Zum'ah wafat dalam masa pemerintahan Umar mempunyai 1 hadith. Ianya kemudian diriwayatkan oleh al-Bukhari.
4. Hind binti Umayyah al-Makhzumiyyah iaitu isteri Nabi yang terakhir meninggal dunia, mempunyai 378 hadith.
5. Hafsah binti Umar bin al-Khattab wafat pada tahun 41 Hijrah mempunyai 60 hadith.
6. Juwairiyyah binti al-Harith wafat pada tahun 56 Hijrah mempunyai beberapa hadith, tetapi al-Bukhari menyebut 2 hadith sahaja.
7. Ramlah bin Abi Sufyan wafat pada tahun 44 Hijrah, mempunyai 65 hadith.
8. Maimunah bin al-Harith al-Hilaliyyah wafat pada tahun 51 Hijrah mempunyai 40 hadith.
9. Aisyah bin Abu Bakr al-Siddiq wafat pada tahun 57 Hijrah, mempunyai 2210 hadith.[1]

Banyaknya bilangan hadith tersebut memerlukan penelitian yang rapi dan tidak boleh menerimanya secara terburu-buru. Dan tidak menjadi sukar bagi seorang ahli fikir, jika dia memberi pandangan yang bebas serta mendapati sesuatu yang menguatkan pemikiran ini. Seperti Umm-Aisyah yang masih muda, kesibukannya sebagai suri rumah an lain-lain.

Berdiri sejenak untuk mendapatkan penjelasan, tidak bermakna mencaci Ummahat al-Mu'minin yang boleh membawa kepada kekafiran dan terkeluar daripada agama. Apa yang memerlukan penelitian ialah mengenai perawi-perawi hadithnya, kerana mereka mengambil hadith (riwayat) daripadanya sebagai alasan untuk mendampingkan diri mereka dengan Bani Umaiyyah, dengan memalsukan hadith-hadith dari Aisyah untuk kepentingan diri mereka.

Kami tidak mahu memanjangkan perbincangan mengenai hadith-hadith yang datang daripadanya yang akan mengurangkan maqam Nabi SAWA. Segala-galanya kami terpaksa mendiamkan diri mengenainya kerana takut dikatakan mencaci apa yang diriwayatkan oleh Aisyah. Dan mencacinya terkeluar daripada agama Muslimin sebagaimana mereka dakwakan! Tetapi masa tidak mengizinkan untuk membincangkannya dengan lebih lanjut.

Adakah kita tidak berhak meneliti apa yang diriwayatkan oleh Aisyah? Seorang bertanya Rasulullah SAWA mengenai seorang lelaki yang "bersetubuh." Kemudian dia menjadi malas, adakah mereka berdua diwajibkan mandi janabah? Aisyah berada di samping Nabi SAWA. Maka Nabi SAWA bersabda:

Terjemahan:"Sesungguhnya aku dan ini (Aisyah) melakukan perkara seperti itu kemudian kami mandi janabah.[2]

Bagaimana ianya boleh berlaku? Rasulullah SAWA menjadi contoh ghairah, tempat berhimpunnya segala kelebihan, dan beliau adalah manusia yang sempurna. Akal tidak dapat menerimanya kerana menghormati maqam Rasul SAWA sekalipun - di sebalik tidak menerimanya - akan dituduh kafir dan zindiq.

Sebagaimana juga kita berhak untuk membincangkan apa yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahihnya tentang Hisyan bin Urwah [3] daripada bapanya daripada Aisyah berbunyi:

Terjemahan:"Sesungguhnya Nabi SAWA terkena sihir, beliau mengkhayal melakukan sesuatu tetapi dia tidak melakukannya."[4]

Tanyalah Sahih Muslim tentang kesahihannya, tanyalah Urwah dan anaknya sekiranya anda seorang yang tidak takut dituduh zindiq. Jika tidak, biarlah tanggungjawab membuat perbincangan ini terhenti kepada orang yang tidak terikat dengan waham - imiginasi, dan orang yang tidak patuh kepada kuasa emosi yang buta, dan tidak memperdulikan tuduhan-tuduhan selama menjaga karamah Nabi SAWA, sekalipun kita mencaci seribu sahabat dan kita membohongi seribu Sahih.[5] Jauh sekali bagi Nabi SAWA sebagai penyelamat manusia, sempurna pada setiap sifatnya, contoh akhlak yang paling tinggi, diliputi kekurangan, terkhayal melakukan sesuatu tetapi beliau tidak melakukannya.

Bagaimana beliau dapat memperbaiki sistem alam ini jika beliau bersifat dengan sifat tersebut? Tentu sekali firmanNya:

Terjemahan:"Dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al-Qur'an) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)."[6]

Di sini kami tidak akan membincangkan hadith-hadith dengan lebih banyak lagi, kerana ianya memadai dengan menyebut apa yang perlu bagi memberi gambaran tentang tuduhan-tuduhan yang ditujukan terhadap Syi'ah: bahawa mereka tidak mengambil riwayat sahabat. Ya! Syi'ah orang yang Siddiqin di dalam perkataan mereka, dan mereka sangat teliti untuk menerima periwayatan hadith daripada orang lain.

Tuduhan Mencaci Sahabat


Nota Kaki:

1. Hadith yang diriwayatkan oleh isteri-isteri Rasulullah SAWA selain daripada Aisyah berjumlah 567 hadith, sementara hadith Aisyah berjumlah 2210 hadith, perbezaannya ialah sebanyak 1643 hadith.Jumlah hadith yang diriwayatkan oleh keempat-empat Khalifah ialah sebanyak 1411 hadith. Ini bermakna Aisyah telah meriwayatkan hadith lebih banyak daripada mereka berempat sebanyak 799 hadith. Dan ia melebihi riwayat bapanya sebanyak 2068 hadith, kerana bapanya hanya meriwayatkan sebanyak 142 hadith sahaja.
2. Al-Bukhari, Sahih, hlm. 161, Muslim, Sahih. I, hlm. 187; al-Baihaqi, al-Sunan, I, hlm.164
3. Urwah dan Abdullah kedua-duanya adalah anak hasil daripada nikah Mut'ah di antara bapanya al-Zubair bin al-Awwam dan ibunya Asma' binti Abu Bakar.
4. Muslim, Sahih, IV, hlm.24
5. Sahih adalah nama (buku) yang diberikan oleh pengarangnya. Umpamanya Muslim menamakan buku hadithnya Sahih iaitu Sahih menurut penilaian kacamatanya. Al-Bukhari menamakan hadithnya juga Sahih iaitu menurut penilaiannya. Dan mungkin ianya tidak Sahih mengikut penilaian orang lain. Lantaran itulah nama buku Sahih pada hakikatnya tidaklah terhad dan mempastikan segala isinya juga Sahih. Dan buku yang dinamakan Sahih itu masih boleh dikaji kebenarannya sama ada masih terdapat di dalamnya perawi Pembohong atau hadith itu sendiri bertentangan dengan al-Qur'an atau tidak. Jika terdapat di dalamnya beberapa hadith yang tidak masuk akal atau ianya bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an, maka hadith-hadith tersebut hendaklah diketepikan. Kerana ianya belum tentu datangnya daripada Rasulullah SAWA sendiri. Dan jikalau ianya datang daripada Rasulullah SAWA maka ianya tidak akan bertentangan dengan al-Qur'an, dan akal. Al-Suyuti di dalam Tadrih al-Rawi, Kaherah, tanpa tarikh, hlm.35, menyatakan bahawa al-Bukhari telah mengambil lebih daripada 480 perawi yang tidak disebut atau diambil oleh Muslim dan ianya mengandungi 80 perawi yang lemah disebabkan pembohongan dan sebagainya. Sementara Muslim pula mengambil 620 perawi yang tidak disebut atau diambil oleh al-Bukhari dan terdapat di dalamnya 160 perawi yang lemah.
6. An-Najm (53):3-4
 
 

Free Web Hosting