Syiah Dan Sahabat
Umumnya Sahabat Dan Keistimewaannya
Definisi Dan Titik Perbezaannya
Penghormatan Syi'ah Terhadap Sahabat
Sahabat Mengikut Batas Kitab Dan Sunnah
Qudamah bin Mad'un (Maz'un)
Siasah Umar Terhadap Sebahagian Sahabat
Riwayat Sahabat
Hadith Abu Hurairah
Hadith Ummahat al-Mu'minin
Tuduhan Mencaci Sahabat
Perbincangan Akhir
Penelitian Dan Kajian Sebelum Membuat Hukum

Definisi Dan Titik Perbezaannya

Berbagai pendapat mengenai definisi sahabat[1] telah dikemukakan. Ada pendapat yang mengatakan:

Terjemahan:"Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi SAWA atau melihatnya daripada orang-orang Islam, maka ia adalah (tergolong) daripada sahabat-sahabatnya."

Definisi inilah yang dipegang oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya.[2] Sementara gurunya Ali bin al-Madini berpendapat:

Terjemahan:"Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi SAWA atau melihatnya, sekalipun satu jam di siang hari, adalah sahabatnya."

Definisi ini meliputi orang yang murtad pada masa hidup Nabi SAWA, dan selepasnya. Walau bagaimanapun setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri, sekalipun ianya tidak masuk akal. Kerana al-Riddah (kemurtadan) itu menghapuskan amal. Lantaran itu "nama sahabat" tidak ada tempat baginya. Pendapat ini disokong oleh al-Syafi'i di dalam al-Umm.[3]

Manakala al-Zain al-Iraqi berkata:

Terjemahan:"Sahabat adalah sesiapa yang berjumpa dengan Nabi sebagai seorang Muslim, kemudian mati di dalam Islam."

Said bin Musayyab berpendapat:

Terjemahan:"Sesiapa yang tinggal bersama Nabi selama satu tahun atau berperang bersamanya satu peperangan."

Pendapat ini tidak boleh dilaksanakan kerana ianya mengeluarkan sahabat-sahabat yang tinggal kurang daripada satu tahun bersama Nabi SAWA dan sahabat-sahabat yang tidak ikut berperang bersamanya.

Ibn Hajar berkata:"Definisi (sahabat) tersebut tidak boleh diterima."[4]

Ibn al-Hajib menceritakan pendapat 'Umru bin Yahya yang mensyaratkan seorang itu tinggal bersama Nabi dalam maa yang lama dan "mengambil (hadith) daripadanya.[5]

Ada juga pendapat yang mengatakan:"Sahabat adalah orang Muslim yang melihat Nabi SAWA dalam masa yang pendek.

Walau bagaimanapun definisi-definisi tersebut menegaskan bahawa sesiapa yang mendengar daripada Nabi SAWA atau melihatnya daripada orang Islam secara mutlak mereka semuanya adil - mengikut pendapat mereka - dan mereka pula adalah Mujtahidin.

Inilah titik perbezaan pendapat mengenai sahabat. Justeru itu Syi'ah tidak menetapkan keadilan (al-Adalah) kepada sahabat melainkan kepada mereka yang benar-benar berhaknya: tidak ada dalil atau bukti bahawa setiap sahabat itu adil dan mujtahid. Lantaran itu ianya tidak boleh dipastikan.

Syi'ah mengkaji perbuatan-perbuatan mereka dengan fikiran terbuka, dan menilai setiap sahabat, dengan berdasarkan perbuatan-perbuatannya. Syi'ah tidak menyalahi Kitab Allah, Sunnah RasulNya dan amal Salaf al-Salih di dalam menilai mereka mengenai perbezaan darjat sahabat dan orang yang benar-benar berhak nama sahabat. Lantaran itu tidak hairanlah jika Syi'ah dikecam dengan berbagai kecaman dan tuduhan yang direncanakan oleh musuh-musuh mereka. Jikalaulah di sana datangnya keinsafan, terbukanya fikiran, berdasarkan hakikat, nescaya tuduhan-tuduhan itu tidak berlaku dan permasalahan-permasalahan dapat diselesaikan.

Apa yang anehnya ialah menuduh Syi'ah mencaci sahabat dan melaknat semua sahabat. Sedangkan mereka dikenali sebagai orang yang patuh kepada Ali AS, membantunya di dalam peperangan menentang penderhaka-penderhakanya, mereka adalah sebaik-baik umat.

Penghormatan Syi'ah Terhadap Sahabat


Nota Kaki:

1. Perkataan sahih atau ashab (membawa maksud sahabat atau teman) di dalam al-Qur'an adalah umum.Ianya digunakan untuk Muslim dan kafir. Umpamanya firman Allah SWT:
Terjemahan:"Ia (kafir) kepada sahabatnya (Mukmin) ketika dia bercakap-cakap dengan dia - Fa qala li-sohibihi...."(Al-Kahfi:37).

"Sahabatnya (yang Mukmin) berkata kepadanya (kafir) sedang dia bercakap-cakap dengannya." (Al-Kahfi:34). Begitu juga perkataan ashab dikaitkan dengan bermacam-macam perkara umpamanya Ashab al-jannah:Penghuni syurga, al-Hasyr:20, dan Ashab an-Nar:Penghuni Neraka, al-Hasyr:20.
2. Al-Bukhari, al-Sahih, V, hlm.1
3. Al-Shafi'i, al-Umm, Cairo, 1961, IV, hlm. 215-216
4. Ibn Hajar, Fath Bari, VIII, hlm.1-2; al-Mawahib Syarh al-Zarqani, hlm. 8-26
5. Syarh al-Fiqh al-Iraqi, hlm. 4-33

Free Web Hosting