Syiah Dan Sahabat
Umumnya Sahabat Dan Keistimewaannya
Definisi Dan Titik Perbezaannya
Penghormatan Syi'ah Terhadap Sahabat
Sahabat Mengikut Batas Kitab Dan Sunnah
Qudamah bin Mad'un (Maz'un)
Siasah Umar Terhadap Sebahagian Sahabat
Riwayat Sahabat
Hadith Abu Hurairah
Hadith Ummahat al-Mu'minin
Tuduhan Mencaci Sahabat
Perbincangan Akhir
Penelitian Dan Kajian Sebelum Membuat Hukum

Qudamah bin Mad'un (Maz'un)

Qudamah bin Mad'un bin Habib wafat pada tahun 36H. Beliau adalah di kalangan sahabat yang terawal dan telah berhijrah sebanyak dua kali. Khalifah Umar bin al-Khattab menghantarnya ke Bahrain untuk urusan tertentu. Al-Jarud Sayyid 'Abd al-Qais datang berjumpa Umar bin al-Khattab daripada Bahrain dan beliau telah menyaksikan bahawa Qadamah telah meminum arak lalu mabuk. Umar berkata:Siapakah yang menjadi saksi bersama anda? Jarud menjawab:Abu Hurairah. Lalu Umar pun berkata kepada Abu Hurairah:Dengan apakah anda menyaksikannya? Dia menjawab:Aku tidak melihatnya (minum) tetapi aku melihatnya mabuk dan muntah-muntah. Umar berkata:Anda telah menukar cara penyaksian. Kemudian beliau (Umar) menulis surat kepada Qadamah supaya dia datang dari Bahrain untuk menemuinya. Lalu dia datang. Al-Jarud berkata:Laksanakanlah had Allah ke atas (lelaki) ini. Umar berkata:Adakah anda bermusuhan (dengannya) atau sebagai saksi? Dia menjawab: sebagai saksi. Dia berkata:Sesungguhnya anda telah melakukan penyaksian anda.

Kemudian al-Jarud mendesak Umar agar melaksanakan had ke atasnya. Umar berkata: Aku fikir anda bermusuhan (dengannya), hanya seorang sahaja yang menyaksikannya bersama anda. Al-Jarud berkata:Semoga Tuhan memberi penjelasan kepada anda. Umar berkata:Anda mestilah menjaga lidah anda atau aku akan menyakiti anda. Maka dia berkata:Wahai Umar, adakah itu kebenaran, sepupu anda yang meminum arak kemudian anda menyakiti aku. Abu Hurairah berkata:Wahai Amir al-Mukminin jika anda mengesyaki pada penyaksian kami pergilah kepada anak perempuan Al-Walid dan bertanyalah kepadanya iaitu isteri Qadamah - maka Umar pun berjumpa Hind binti al-Walid dan meminta penjelasannya. Lantas dia memberi penyaksiannya ke atas suaminya.Kemudian Umar berkata kepada Qadamah:Aku akan melaksanakan had ke atas anda.Qadamah berkata:Jika aku meminum (arak) sebagaimana anda kata, anda tidak boleh menjalankan had ke atasku. Umar berkata:Kenapa? Qadamah menjawab: Kerana Allah berfirman:

Terjemahan:"Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh."[1]

Umar berkata:Anda telah tersalah takwil. Jika anda bertaqwa kepada Allah, nescaya anda menjauhi apa yang diharamkan oleh Allah. Kemudian Umar bertanya kepada orang ramai dengan berkata: Apakah pendapat anda tentang sebat ke atas Qadamah? Mereka menjawab:Kami berpendapat anda tidak boleh menyebatnya selagi dia sakit. Kemudian Umar berdiam diri beberapa hari. Dia masih berazam untuk menyebatnya. Dia bertanya:Apakah pendapat kalian tentang sebat ke atas Qadamah? Mereka berkata:Kami berpendapat anda tidak boleh menyebatnya selagi dia masih menderita kesakitan. Umar menjawab: Dia berjumpa dengan Allah setelah disebat lebih aku suka dari aku berjumpa denganNya sedangkan dia (Qadamah) berada "ditengkuk" ku.....Bawa datang satu tongkat kepadaku. Maka dia perintahkan supaya Qadamah disebat.[2]

Inilah kisah Qadamah dan perlaksanaan hukum had ke atasnya serta penakwilannya ke atas apa yang dilakukannya. Kami menyebutnya bukanlah untuk menurunkan kemuliaannya atau mencacinya tentang agamanya. Kerana beliau mempunyai kemuliaan hijrah dan termasuk di kalangan orang yang terdahulu (memeluk Islam). Tetapi kami menyebutnya untuk menerangkan bahawa tidaklah betul apa yang mereka dakwa bahawa "penakwil" tidak dikira bersalah jika ia menyalahi ijma'. Sebagaimana juga kes Abul al-Ghadiyah yang membunuh Ammar bin Yasir, meskipun dia sendiri mengaku apa yang dilakukannya adalah satu jenayah yang akan memasukkannya ke neraka.[3]

Terdapat juga sekumpulan sahabat yang telah melakukan takwil tetapi mereka sebenarnya telah melakukan kesalahan. Oleh itu takwil mereka tidak dapat melepaskan mereka daripada had. Mereka itu ialah: Abu Jundal, Dirar bin al-Khattab, dan Abu al-Azwar. Abu Ubaidah mendapati mereka minum arak. Lantas beliau menentang mereka. Lalu Abu Jundal membaca firman Allah:

Terjemahan:"Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh memakan makanan yang mereka telah makan....."[4]

Tetapi dia tidak menerima hujah mereka, dan mengenaka had ke atas mereka. Di manakah keadilan untuk melaksanakan hukum had ke atas mereka jika mereka semuanya adil?

Begitu juga 'Abd al-Rahman bin Umar bin al-Khattab telah meminum arak di Mesir, lalu Umar bin al-As melaksanakan hukum had ke atasnya.[5]

Siasah Umar Terhadap Sebahagian Sahabat


Nota Kaki:

1. Al-Maidah (5):93
2. Al-Isabah, III, hlm.228
3. Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm.267
4. Al-Maidah (5):93
5. Al-Isabah, II, hlm.405

Free Web Hosting