Para ulama Islam dari semua mazhab
telah meriwayatkan hadith-hadith Nabi SAWAW tentang kelebihan 'Ali AS dan
zuriatnya yang suci di dalam sahih-sahih, musnad-musnad, dan sejarah-sejarah
mereka. Di sini aku perturunkan sebahagian daripadanya seperti berikut:
1. Sabda Rasululllah SAWAW:"Hanya
orang yang ditulis (namanya) oleh 'Ali sahaja dapat menyeberangi al-Sirat."
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah1 daripada Ibn Siman bahawa Abu Bakr berkata kepada 'Ali AS:"Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda:"Hanya orang yang (namanya) ditulis oleh 'Ali sahaja dapat menyeberangi al-Sirat."Hadith ini juga telah dicatat oleh al-Hamawaini al-Syafi'i di dalam Fara'id al-Simtin2, al-Muhibb al-Tabari di dalam al-Riyadh3 al-Nadhirah dan al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh4 dan lain-lain.
2. Ali adalah pembahagi Syurga dan
Neraka.
Al-Khawarizmi telah mencatat di dalam
Manaqibnya bab 16, dengan membuang sanad-sanadnya daripada 'Ali bin Abi
Talib AS. Beliau berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:"Wahai 'Ali! Sesungguhnya
anda adalah pembahagi Syurga dan Neraka. Dan sesungguhnya anda akan mengetuk
pintu syurga kemudian akan memasukinya tanpa hisab."
3. Sekiranya manusia bersepakat mencintai
'Ali AS necaya Allah tidak menjadikan neraka.
Hadith ini telah dikeluarkan oleh
al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah5
daripada al-Hamdani al-Syafi'i daripada Umar bin al-Khattab berkata:"Nabi
SAWAW bersabda:"Sekiranya manusia bersepakat mencintai 'Ali AS, nescaya
Allah tidak akan menjadikan neraka."Hadith ini juga dikutip oleh al-'Allamah
al-Askari di alam Maqa al-Imam Amiru l-Mukminin 'anda al-Khulafa'6,
daripada Umar bin al-Khattab dan sahabat-sahabat yang lain. Al-Khawarizmi
di dalam Maqtal al-Husain7
telah meriwayatkan hadith ini daripada Ibn 'Abbas. Dan Muhammad Salih al-Hanafi
di dalam al-Kuakab al-Duriyy8
daripada Umar bin al-Khattab.
4. 'Ali adalah yang paling akrab kepada
Rasulullah SAWAW.'
Hadith ini telah dikeluarkan oleh
al-Khawarizmi9
dengan sanadnya daripada Sya'bi berkata:"Abu Bakr melihat kepada 'Ali bin
Abi Talib secara berdepan dan berkata: Siapa yang ingin melihat orang yang
paling akrab kepada Rasulullah SAWAW, paling tinggi kedudukannya, dan paling
tinggi di sisi Allah SWT, hendaklah dia melihat kepada lelaki ini dan dia
mengisyaratkan kepada 'Ali bin Abi Talib kerana aku mendengar Rasulullah
SAWAW bersabda:'Dia ('Ali) bersifat kasih sayang kepada orang ramai...."
Hadith ini juga telah dikutip oleh al-Muttaqi al-Hindi al-Hanafi di dalam Kanz al-'Ummal10 dan Muhibb di dalam al-Riyadh al-Nadhirah.11
5. 'Wahai 'Ali! Tangan anda pada tanganku,
anda memasuki syurga bersamaku.'
Al-Muhibb al-Tabari dalam Dhakha'ir
al-'Uqba12
telah menerangkan hadith ini daripada 'Umar bin al-Khattab. Al-Muttaqi
al-Hindi dalam Kanz al-Ummal13,
al-Khanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib14
dan lain-lain.
6. 'Ali di sisiku sepertilah kedudukanku
di sisi Tuhanku.'
Hadith ini telah diriwayatkan oleh
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah15,
Muhibuddin al-Tabari al-Syafi'i di dalam Dhakha'ir al-'Uqba16,
dan al-Riyadh al-Nadhirah17
dan lain-lain.
7. 'Sesungguhnya Allah telah menjadikan
untuk saudaraku 'Ali bin Abi Talib kelebihan yang tidak terhitung.'
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Kanji
al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib18
dengan sanadnya daripada Imam Ja'far al-Sadiq daripada 'Ali bin Husain
daripada bapanya Amirul Mukminin 'Ali AS berkata:"Rasulullah SAWAW bersabda:"Sesungguhnya
Allah jadikan bagi saudaraku 'Ali bin Abu Talib kelebihan-kelebihan yang
tidak terhitung banyaknya." Dan Umar berkata:"Rasulullah SAWAW bersabda:"Sekiranya
laut menjadi dakwat, pokok-pokok menjadi pena, manusia menjadi kitab dan
jin menjadi hisab, nescaya mereka tidak dapat menghitung kelebihan anda
wahai Abu l-Hasan."
8. 'Aku berdamai dengan orang yang
berdamai dengan penghuni khemah ini ('Ali, Fatimah, Hasan dan Husain).'
Al-Khawarizmi di dalam Manaqib19nya
telah meriwayatkan hadith ini dengan sanadnya daripada Yunus bin Sulaiman
al-Tamimi daripada bapanya daripada Zaid bin Yathi' dia berkata: Aku mendengar
Abu Bakr berkata: Rasulullah SAWAW bersabda: 'Aku berdamai dengan
orang yang berdamai dengan penghuni khemah ini, berperang dengan dengan
orang yang berperang dengan mereka, memuliakan orang yang memuliakan mereka,
dan memusuhi orang yang memusuhi mereka. Tidak mengasihi mereka melainkan
orang yang bahagia dan baik peranakannya. Dan tidak membenci mereka melainkan
orang yang celaka dan buruk peranakannya.' Hadith ini juga telah
dicatat oleh Abdullah bin al-Hanafi di dalam Arjah al-Matalib20.
Aku berpendapat: Hadith ini dinamakan hadith al-Kisa' telah diriwayatkan
dengan lafaz-lafaz yang bermacam-macam oleh ulama Ahlu s-Sunnah.
9. 'Kami Ahlu l-Bait tidak boleh dibandingkan
dengan orang lain.'
Hadith ini telah diriwayatkan oleh
al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah21
daripada Mawaddah al-Qurba karangan al-Hamdani al-Syafi'i. Dia mengeluarkan
sanadnya daripada Abu Wa'il daripada 'Ibn Umar dia berkata: Apabila kami
berbicara tentang darjat sahabat-sahabat Nabi SAWAW, kami berkata: Abu
Bakr, Umar dan Uthman. Seorang lelaki bertanya: Wahai Abu 'Abdu r-Rahman,
apakah kedudukan 'Ali? Dia menjawab:'Ali adalah daripada Ahlu l-Bait tidak
boleh dibandingkan beliau dengan orang lain, kerana beliau bersama Rasulullah
SAWAW di dalam ketinggian darjatnya sebagaimana firmanNya (Surah al-Tur(52):
21):"Dan orang -orang yang beriman dan anak cucu mereka mengikuti mereka
dalam keimanan. Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka."Justeru
itu Fatimah adalah bersama Rasulullah di dalam ketinggian darjatnya dan
'Ali adalah bersama mereka berdua.
Di dalam riwayat yang lain pula 'Abdullah
bin Hanbal bertanya bapanya (Hanbal) tentang kedudukan sahabat-sahabat
Nabi SAWAW. Dia menjawab:"Abu Bakr, Umar, 'Uthman." Kemudian dia diam.
'Abdullah bertanya lagi:"Wahai bapaku! Di manakah kedudukan 'Ali?" Dia
menjawab:"Beliau adalah daripada Ahlu l-Bait tidak boleh dibandingkan beliau
dengan orang lain.22"