Adapun hadith Nabi SAWAW: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya, Ahmad bin Hanbal di dalam al-Musnadnya134  telah mengambil sanadnya daripada al-Barra' bin 'Azib dia berkata: Kami bersama Rasulullah SAWAW di dalam satu perjalanan. Maka kamipun sampai di Ghadir Khum. Kami 'diseru' supaya melakukan solat secara berjamaah dan dibersihkan untuk Rasulullah SAWAW satu tempat di bawah dua pokok. Maka beliau mengerjakan solat Zuhr kemudian memegang tangan 'Ali AS sambil bersabda: Tidakkah kalian mengetahui sesungguhnya aku lebih aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Ya! Beliau bersabda lagi: Tidakkah kalian mengetahui bahawa aku lebih aula daripada setiap mukmin daripada dirinya? Mereka menjawab: Ya! Maka beliau memegang tangan 'Ali AS dan bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya...Maka 'Umar menemuinya selepas itu dan berkata: Tahniah kepada anda wahai anak lelaki Abu Talib. Anda adalah maula setiap mukmin dan mukminat.

Ahmad bin Hanbal juga di dalam Musnadnya135 meriwayatkan hadith ini daripada 'Atiyyah al-'Aufi dia berkata: Aku bertanya Zaid bin Arqam. Dan aku berkata kepadanya bahawa menantuku telah memberitahukan kepadaku tentang anda mengenai hadith tentang 'Ali AS pada hari Ghadir Khum. Aku ingin mendengarnya daripada anda sendiri. Maka dia menjawab: Wahai orang-orang Iraq! Kalian telah mengetahuinya. Maka aku berkata kepadanya teruskanlah. Maka dia berkata: Ya! Kami berada di Juhfah. Rasulullah SAWAW memegang tangan 'Ali AS dan berkata: Wahai manusia! Tidakkah kalian mengetahui sesungguhnya aku lebih aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Ya! Beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya...

Ibn Majah di dalam Sunannya136  telah meriwayatkannya sehingga kepada al-Barra' bin 'Azib. Al-Nasa'i di dalam Khasa'is 'Ali137 meriwayatkan sanadnya kepada Sa'ad, dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya...maka 'Ali adalah maulanya....Dia juga meriwayatkan sanadnya sampai kepada Zaid bin al-Arqam, dia berkata: Rasulullah SAWAW berdiri, memuji Allah kemudian bersabda: Tidakkah kalian mengetahui sesungguhnya aku aula dengan setiap mukmin daripada dirinya? Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah SAWAW kami menyaksikan bahawa anda adalah aula bagi setiap mukmin daripada dirinya. Maka beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....Beliau lalu berlalu memegang tangan 'Ali AS.

Ibn 'Abd Rabbih di dalam al-'Aqd al-Farid138 telah meriwayatkan ketika menyebutkan hujah al-Mukmun ke atas fuqaha' mengenai kelebihan 'Ali bin Abi Talib dia berkata di antaranya: Rasulullah SAWAW bersabda: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya...

Al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa'139 berkata al-Turmudhi telah meriwayatkannya daripada Abu Sarihah atau Zaid bin Arqam daripada Nabi SAWAW beliau bersabda: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya...Dia juga meriwayatkan perkara yang sama di dalam Kunuz al-Haqa'iq di Hamish al-Jami' al-Saghir140 hadith: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya.....

Di dalam Is'af al-Raghibin141 di Hamisy Nur al-Absar menyatakan bahawa Rasulullah SAWAW berada pada hari Ghadir Khum: Siapa yang menjadikan aku maulanya maka 'Ali adalah maulanya....Al-Muhibb al-Tabari di dalam al-Riyadh al-Nadhirah142  berkata: Daripada 'Umar bahawa dia berkata: 'Ali adalah maula bagi orang yang telah menjadikan Rasulullah SAWAW sebagai maulanya.

Al-Baghawi di dalam Masabih al-Sunnah143 meriwayatka daripada Nabi SAWAW beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan  aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya. Abu Nu'aim Al-Isfahani di dalam Hilyah al-Auliya144 meriwayatkan daripada Nabi SAWAW beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....Ibn al-Jauzi di dalam Tadhirah al-Huffaz145 menyatakan bahawa Rasulullah SAWAW bersabda: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....Al-Khatib di dalam Tarikh Baghdad146 meriwayatkan hadith al-Ghadir daripada Anas, dia berkata: Aku mendengar Nabi SAWAW bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya...

Demikianlah aku telah kemukakan kepada pembaca yang budiman sebahagian kecil daripada buku-buku rujukan  Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah. Walau bagaimanapun aku akan kemukakan pula kepada anda nama-nama perawi  dengan menyebutkan rujukan mereka bagi menambahkan lagi penjelasan seperti berikut:

Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul.147 Muhammad bin Talhah al-Syafi'i di dalam Matalib al-Su'ul.148 Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib.149 Al-Tha'labi di dalam Tafsirnya.150 Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur. Ibn Sibagh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah.151 Al-Turmudhi di dalam Sahihnya,152 dia berkata: Hadith ini adalah  Hasan sahih. Al-Hakim di dalam al-Mustadrak153 berkata: Ini adalah hadith sahih menurut syarat al-Syaikhain (al-Bukhari dan Muslim) tetapi  mereka berdua tidak meriwayatkannya. Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah.154 Al-Ya'qubi di dalam Tarikhnya.155

seterusnya..

Free Web Hosting