Ibn Hajr di dalam fasal yang kelima daripada bab pertama bukunya al-Sawa'iq al-Muhriqah berkata: Ini adalah hadith sahih. Ianya telah diriwayatkan oleh golongan yang banyak seperti al-Turmudhi, al-Nasa'i dan Ahmad dengan cara yang banyak. Kemudian ianya diriwayatkan tiga puluh sahabat yang telah mendengarnya daripada Nabi SAWAW dan mempersaksikannya di hadapan 'Ali pada masa pemerintahannya di Rahbah. Kebanyakan sanadnya sahih atau hasan.

Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah156 berkata: Abu Ja'far Muhammad bin Jarir al-Tabari pengarang al-Tafsir dan al-Tarikh telah mengumpulkan dua jilid riwayat dan lafaz-lafaznya. Begitu juga al-Hafiz Abu l-Qasim bin 'Asakir telah meriwayatkan hadith-hadith yang banyak di dalam khutbahnya.

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah157 telah menceritakan daripada Abu l-Ma'ali al-Jawaini yang dikenali dengan Imam al-Haranaini, guru kepada al-Ghazali, bahawa dia menjadi hairan dan berkata: Aku melihat satu jilid buku mengenai hadith Ghadir Khum tertulis di atasnya jilid yang kedua puluh lapan. Ianya mengandungi berbagai riwayat tentang sabda Nabi SAWAW: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....dan ianya akan disusuli dengan jilid yang kedua puluh sembilan.

Sebenarnya hadith-hadith mengenai al-Ghadir yang kami telah kemukakan tadi adalah merupakan sebilangan kecil sahaja, jika dibandingkan dengan hadith-hadith yang telah diriwayatkan di dalam bab ini yang tidak terkira banyaknya.

Ayatullah al-'Uzma Sayyid Hamid Husain al-Nisaburi RH di dalam 'Abaqat telah menyenaraikan nama-nama perawi yang telah menyebutkan hadith al-Ghadir. Semuanya daripada ulama-ulama besar Ahlu s-Sunnah. Ayatullah al-'Uzma Sayyid Syihab al-Din al-Mar'asyi al-Najafi di dalam Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haqa'iq  karangan al-Sa'id al-Syahid al-Qadhi Nur Allah al-Tastari, al-Allamah al-Amini di dalam bukunya al-Ghadir. Begitu juga al-Imam al-Sayyid bin Tawus RH di dalam bukunya al-Iqbal (hlm. 663) telah menyenaraikan nama-nama ulama besar Ahlu s-Sunnah bahawa sesungguhnya mereka telah meriwayatkan hadith al-Ghadir dan memperakukan kesahihannya. Rujuklah kepada buku-buku tersebut wahai pembaca yang budiman!

Tahniah para sahabat kepada 'Ali kerana jawatan Khalifah

Mankala Rasulullah SAWAW memberi khutbahnya yang penuh bersejarah, beliau memerintahkan orang yang menyaksikan peristiwa itu termasuk Abu Bakr, Umar, syaikh-syaikh Quraisy dan pembesar-pembesar kaum Ansar, isteri-isteri beliau supaya tampil mengucap tahniah kepada Amiru l-Mukminin AS kerana memegang jawatan al-Wilayah, pelaksanaan, suruhan dan larangan di dalam agama Allah SWT.

Sebilangan besar para ulama Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah meriwayatkannya di antaranya:

Al-Tabari di dalam bukunya al-Wilayah158 telah meriwawatkan hadith dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam dan diakhirnya dia berkata: Orang yang pertama berjabat tangan (salam) dengan Nabi SAWAW dan 'Ali ialah Abu Bakar, 'Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Muhajirin, Ansar, dan lain-lain sehingga beliau mengerjakan solat Zuhr dan 'Asr berjama'ah di dalam satu masa dan berpanjangan sehingga beliau SAWAW mengerjakan solat al-'Isya'in (solat Maghrib dan Isyak) di dalam satu masa. Para sahabat meneruskan bai'ah dan bertepuk tangan tiga kali.

Al-Dar al-Qutni: Ibn Hajr telah meriwayatkan daripadanya di dalam fasal kelima, bab pertama al-Sawa'iq al-Muhriqah bahawa Abu Bakar dan 'Umar manakala kedua-duanya mendengar hadith al-Ghadir, mereka berkata kepada Imam 'Ali AS: Andalah maula bagi setiap mukmin dan mukminah. Dikatakan kepada Umar: Sesungguhnya anda melakukan sesuatu kepada 'Ali di mana anda tidak melakukannya kepada orang lain daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAWAW. Dia menjawab: Sesungguhnya beliau adalah maulaku.

Al-Hafiz Abu Sa'id al-Nisaburi di dalam bukunya Syaraf al-Musfa dengan isnadnya daripada al-Barra' bin 'Azib dengan lafaz Ahmad bin Hanbal dan dengan isnad yang lain daripada  Abu Sa'id al-Khudri dan lafaznya. Kemudian Nabi SAWAW bersabda: Kalian ucaplah tahniah kepadaku, kalian ucaplah tahniah kepadaku. Sesungguhnya Allah telah memberi keistimewaanku dengan kenabian, dan memberikan keistimewaan Ahlul Baitku dengan Imamah. Maka Umar bin al-Khattab menemui Amiru l-Mukminin dan berkata: Alangkah beruntungnya anda wahai Abu l-Hassan. Anda menjadi maulaku dan maula setiap mukmin dan mukminah.

Pengarang Raudhah al-Safa159 selepas menyebutkan hadith al-Ghadir berkata: Kemudian Rasulullah SAWAW duduk di dalam satu khemah dan menempatkan 'Ali di khemah yang lain. Beliau menyuruh para sahabat supaya memberi tahniah kepada 'Ali di dalam khemahnya. Dan apabila orang lelaki selesai mengucap tahniah, beliau menyuruh isteri-isterinya pergi ke khemah dan mengucapkan tahniah kepada 'Ali AS.

Kuand Amir di dalam Habib al-Siyar160  berkata: Kemudian Amiru l-Mukminin 'Ali AS duduk di khemah khas. Para sahabat Rasulullah SAWAW datang kepadanya dan mengucap tahniah kepadanya. Di antara mereka ialah Abu Bakar dan 'Umar. 'Umar berkata: Alangkah beruntungnya anda wahai anak lelaki Abu Talib. Anda telah menjadi maulaku dan maula setiap mukmin dan mukminah. Kemudian beliau memerintahkan Ummahat al-Mukminin supaya datang kepada 'Ali AS dan mengucap tahniah kepadanya.

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya,161 al-Tabari di dalam Tafsirnya,162 Ibn Mardawaih di dalam Tafsirnya,163 al-Tha'labi di dalam Tafsirnya,164al-Baihaqi di dalam al-Sunan,165 al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikhnya,166 Ibnu al-Maqhazali di dalam Manaqibnya167, al-Ghazali di dalam Sirr al-'Alamain,168 al-Syarastani di dalam al-Milal wa al-Nihal,169 Abu l-Faraj Ibn al-Jauzi al-Hanbali di dalam Manaqibnya,170 Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib,171 al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib,172 Muhibuddin al-Tabari di dalam Riyadh al-Nadhirah,173 al-Hamawaini di dalam al-Fara'id al-Simtin174 bab ketiga belas.

seterusnya..

Free Web Hosting