Kesimpulan



Kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (Saw.) sebagaimana dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka amat menakutkan  sekali. Dan ianya menyalahi akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang menegaskan bahawa semua para sahabat adalah adil (kebal). Lantaran itu mana-mana Muslim sama ada dia seorang yang bergelar sahabat, tabi‘i, mufti, kadi  dan kita sendiri, tidak boleh mengubah atau  menangguhkan atau melanggar atau  membatalkan mana-mana hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya dengan alasan Maqasidu sy-Syari‘ah, Maslahah, dan sebagainya. Kerana Allah dan Rasul-Nya tidak akan meridhai perbuatan tersebut. Firman-Nya“ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35)

Firman-Nya “Tidak ,demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau,dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya” (Al-Nisa’(4): 65) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir” (al-Ma ‘idah(5):44)

Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(al-Ma ‘idah(5):45) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq”(al-Ma‘idah(5):47)

Dan firman-Nya “Barang siapa yang menentang Rasul,sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang-orang Mukmin,maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam.Itulah sejahat-jahat tempat kembali” (Al-Nisa ‘(4);115)

Semoga semua orang Islam sama ada sahabat atau tidak, dahulu dan sekarang, akan diampun dosa mereka dan dimasukkan ke dalam Syurga-Nya. Amin.

11. Membuang perkataan “Hayya  ‘ala khairi l ‘amal ” di dalam azan dan iqamah, dan menambah “al-Salatu kharun mina-n-Naum” di dalam azan subuh. (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm.137 dll.). Mereka melakukan Dua Syahadat bukan di dalam ertikata yang sebenar, kerana mereka menjadikan sunnah Abu Bakr dan sunnah Umar lebih tinggi dari hukum Allah dan Sunnah Muhammah (Saw.). Sementara Syi‘ah Ja‘fariyyah atau Imam Dua Belas atau Mazhab Ahlu l-Bait (a.s) Dua Syahadat di dalam ertikata yang sebenar. Mereka tidak menjadikan sunnah Abu Bakr dan Umar lebih tinggi dari hukum Allah dan Rasul-Nya dari segi pelaksanaan.

Sementara ungkapan “penyaksian mereka bahawa Ali adalah wali Allah” disebutkan di dalam azan dan iqamah  oleh sebahagian Syi‘ah,  tetapi mereka tidak menjadikannya  sebahagian dari azan dan iqamah. Mereka menyebutnya kerana mengisytiharkan bahawa Ali adalah wali Allah”. Umpamanya Ayatullah al-Khoei tidak  menyebutnya di dalam azan dan iqamah. Sementara Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah mempercayai azan dan iqamah yang mereka lakukan sekarang adalah azan dan iqamah Rasulullah (Saw.). Mereka  tidak mengetahui bahawa  azan atau iqamah tersebut telah dibuang perkataan “Hayya  ‘ala khairi l ‘amal” dan ditambah perkataan “As-Salatu kharun mina n-Naum” oleh khalifah Umar. Sebenarnya syahadah boleh dilakukan diluar azan dan iqamat lebih daripada tiga kali, umpamanya,  aku naik saksi (asyhadu) bahawa hari Kiamat itu adalah benar (haqqun), aku naik saksi bahawa al-Sirat itu adalah benar, aku naik saksi bahawa syurga dan neraka itu adalah benar dan lain-lain. Meskipun begitu syahadat yang dilakukan oleh Syi‘ah adalah dua syahadat di dalam sembahyang mereka. Hanya Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang tidak mengetahuinya.

12. Membuang  atau memperkecilkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam Ahlu l-Bait sekalipun Mutawatir dan bertepatan dengan al-Qur’an. Dan menerima atau memperbesarkan hadis hadis yang diriwayatkan oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sekalipun menyalahi al-Qur’an.

13. Menolak hukum-hukum al-Qur’an yang menyalahi sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah.

14. Menolak Sunnah Rasulullah yang menyalahi sunnah Abu Bakr , Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah.

15. Menjadikan sunnah Abu Bakr, sunnah Umar, sunnah Uthman, dan sunnah Mu‘awiyah lebih tinggi dari al-Qur’an dari segi pelaksanaan .

16. Menjadikan sunnah Abu Bakr, sunnah Umar, sunnah Uthman,dan sunnah Mu‘awiyah lebih tinggi dari Sunnah Rasulullah (Saw.) dari segi pelaksanaan.

17. Memulih atau memurnikan akidah mereka yang menolak sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman dan Mu‘awiyah yang berlawanan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) sehingga mereka menolak hukum atau ajaran al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) dengan alasan maslahah, keselamatan negara,perpaduan dan sebagainya. Sepatutnya mereka yang menolak sebahagian hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya patut dipulih atau dimurnikan akidah mereka sehingga mereka menolak sunnah Abu Bakr , Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah yang bertentangan dengan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

18. Menjadikan berbagai-bagai istilah seperti Maslahah, Istihsan, masalihu l-Mursalah, Maqasidu sy-Syari‘ah, Saddu dh-Dhari‘ah, Ijtihad, Ijmak, Qiyas, dan lain-lain biasanya bagi membatal atau menangguh atau mengilak atau  mengubah atau  mengeliru atau menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Orang ramai menerimanya,kerana kejahilan mereka. Sepatutnya istilah-istilah tersebut digunakan 100% bagi mentaati hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

19. Mereka memusuhi orang yang menolak sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah yang menyalahi hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya. Sebaliknya mencintai orang yang menolak hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya, tetapi menerima sunnah-sunnah mereka tersebut.

20. Mereka menjadikan sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya sebagai amal ibadat harian, bulanan, dan tahunan mereka bagi bertaqarrub kepada Allah (swt). Mereka meninggi diri dan berkata : Inilah akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah; kumpulan yang berjaya (firqah Najiyah). Sementara kumpulan yang menolak sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) ke Neraka.

21. Mereka menggunakan perkataan al-Sunnah atau Sunnah bagi menggambarkan Sunnah Rasulullah (Saw.) sahaja, tetapi pada hakikatnya ia meliputi sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah. Begitu juga mereka mengguna perkataan “Ahlu s-Sunnah” bagi mempamirkan kepada orang ramai bahawa apa yang mereka maksudkan dengan perkataan tersebut adalah “Ahlu s-Sunnah Rasulullah (Saw.) sahaja”; merekalah yang menjaga, dan pengamal Sunnah Rasulullah (Saw.) yang sebenarnya, tetapi pada hakikatmya ia meliputi sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya, dan merekalah pengamalnya. Orang ramai disebabkan kejahilan dan kefanatikan mereka, tidak dapat membezakan di antara Sunnah Rasulullah (Saw.) dan sunnah-sunnah mereka berempat. Lalu mereka mentaati sunnah-sunnah tersebut, dan menjadikanya ibadat bagi menghampiri diri kepada Allah (swt).

22. Mereka membenci atau memulau atau memisahkan orang yang yang ingin membezakan di antara Sunnah Rasulullah (Saw.) dan sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman dan Mu‘awiyah. Kerana mereka khuatir orang ramai akan mengetahuinya, dan mungkin akan mentaati hukum Allah (swt) dan Sunnah Rasulullah (Saw.). Justeru itu mereka akan menolak sunnah-sunnah mereka. Lantaran itu mereka popularkan hadis “Ikutlah Sunnahku dan sunnah khulafa’ Rasyidin selepasku” Mereka menjadi kesamaran,lalu mereka mengikuti sunnah-sunnah khalifah yang menyalahi hukum Allah (swt) dan Sunnah Rasul-Nya. Kemudian mereka meredhainya dan beramal ibadat dengannya dan menjadikannya sebagai penilai kebenaran yang mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.). Orang ramai menerimanya, kerana kejahilan dan kefanatikan mereka. Mereka berkata:Inilah akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah. Dan siapa yang menyalahi Akidah  Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah adalah sesat dan menyeleweng. Dengan mengguna pola pemikiran tersebut bahawa  mereka yang mengamalkan 100% hukum Allah dan sunnah Rasul-Nya  dikira sesat dan menyeleweng oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah.

23. Mereka membenci terhadap orang yang berselawat secara terus kepada Rasulullah (Saw.) dan keluarganya dengan lafaz “Allahumma Salli ‘ala Muhammad wa  ali Muhammad”. Kerana selawat mereka terputus setakat Muhammad sahaja. Mereka berselawat: “SallaLlahu ‘ala Muhammad” tanpa “ ali-hi ” keluarganya. Mereka tidak menyebut “ali-hi” tanpa “ wa sahbi-hi ”. Mereka khuatir orang ramai akan mencintai keluarga Rasulullah  lebih daripada sahabatnya. Mereka mengadakan upacara keagamaan mereka hanya dengan lafaz “ SallaLlahu “ala Muhammad” secara beramai-ramai. Siapa yang mengaitkan lafaz  “wa ali-hi” kepada Muhammad dianggap seorang Syi‘ah. Sedangkan Rasulullah (Saw.) ketika ditanya bagaimana berselawat ke atas beliau?  Beliau bersabda: “Janganlah kalian berselawat ke atasku dengan selawat yang terputus”. Lalu mereka bertanya: Apakah selawat yang terputus? Beliau menjawab: Kalian berkata: Allahuma salli ‘ala Muhammad, kemudian kalian berhenti.Justeru iti katalah : Allahumma salli ‘ala muhammad wa ali Muhammad (Ibn Hajr, al-Sawa‘iqu l-Muhriqah, hlm.144). Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (Saw.), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

24. Mereka memuji dan memuja orang yang melebih-lebihkan sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiah ke atas hukum Allah (swt) dan Sunnah Rasul-Nya. Mereka melantik mereka kejawatan yang tinggi bagi menangguh atau mengkabur atau membatalkan sebahagian hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Free Web Hosting