38. Penyaksian Umar RD
Ibn Abi l-Hadid al-Muktazili di dalam
Syarh Nahj al-Balaghah67
daripada Umar bin al-Khattab RD sesungguhnya dia berkata:'Demi Tuhan sekiranya
pedangnya ('Ali) tidak ada nescaya tidak tegaknya Islam, beliau seorang
yang paling alim di kalangan ummat ini, paling awal Islamnya dan mempunyai
kemuliaan yang tinggi.'
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, al-Hakim di dalam Mustadraknya daripada 'Umar bin al-Khattab RD sesungguhnya dia berkata:'Sesungguhnya 'Ali dikurniakan tiga perkara, sekiranya aku memiliki salah satu daripadanya lebih aku cintai dari keseluruhan nikmat dunia ini, isterinya Fatimah bin Rasulullah SAWAW, Rasulullah membenarkannya tinggal di masjidnya sebagaimana Rasulullah SAWAW dan bendera di Hari Khaibar.'
39. Penyaksian 'Aisyah RD
Al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin68
menyatakan bahawa 'Aisyah telah berkata mengenai 'Ali AS:'Beliau adalah
orang yang paling alim di dalam Sunnah Nabi SAWAW.'
Kenyataan ini juga telah diriwayatkan oleh Muhibuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba, Ibn Abd al-Birr di dalam al-Isti'ab, Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah dan lain-lain.
40. Penyaksian Ibn 'Abbas RD
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah69
meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa dia berkata:Sesungguhnya al-Qur'an
telah diturunkan dengan tujuh huruf, setiap huruf mempunyai pengertian
zahir dan batin. Sesungguhnya 'Ali bin Abi Talib mengetahui ilmu zahir
dan batin.
41. Penyaksian Ibn Mas'ud RD
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah70
meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud bahawa dia berkata: al-Qur'an telah diturunkan
dengan tujuh huruf mempunyai pengertian zahir dan batin. 'Ali mengetahui
pengertian al-Qur'an zahir dan batin.
42. Penyaksian Taghut Muawiyah
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad71nya
meriwayatkan daripada Muawiyah bahawa dia berkata:Sesungguhnya 'Ali adalah
utusan Allah, beliau diliputi cahaya ilmu; dan dia juga berkata: Apabila
'Umar menghadapi masalah, dia merujuk kepadanya ('Ali).
43. Penyaksian Dhirar di hadapan Taghut Muawiyah.
Ibn al-Sibagh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah, Ibn al-Jauzi di dalam Tadhirah al-Khawwas dan ulama-ulama Ahlu s-Sunnah yang lain, menyatakan bahawa Dhirar bin Dhumah menemui Muawiyah. Muawiyah berkata kepadanya: Ceritakan kepadaku mengenai 'Ali. Dia menjawab: Adakah anda akan memaafkan aku? Muawiyah menjawab: Aku tidak memaafkan anda. Dhirar berkata: Jika ianya satu perkara yang mesti aku perkatakan maka demi Allah beliau ('Ali) menghukum dengan adil, ilmunya terpancar dari segenap pelusuk, hikmah bercakap di sekitarnya, beliau takut kepada kilauan dunia, bermunajat di waktu malam, menangis, banyak berfikir.....beliau seperti kita. Beliau menjawab apabila ditanya dan mendatangi kita apabila kita menjemputnya....Dia berkata: Air mata Muawiyah mengalir di atas janggutnya. Dia cuba mengesatnya dengan tapak tangannya dan orang ramai turut menangis.
44. Penyaksian 'Umru bin al-'As
Al-Khawarizmi al-Hanafi di dalam
Manaqib72nya
menyatakan bahawa Muawiyah telah mengutus surat kepada 'Umru bin al-'As
supaya dia melibatkan diri di dalam peperangan menentang Imam Ali AS. 'Umru
bin al-'As menjawab surat Muawiyah dengan menyebutkan kelebihan-kelebihan
'Ali bin Abu Talib. Di antaranya: Bagaimana aku akan menolong anda di atas
kebatilan dan menghunus pedang ke muka 'Ali. Beliau adalah saudara
Rasulullah SAWAW, wasinya, pewarisnya, pembayar hutangnya dan orang yang
melaksanakan janjinya. Walau bagaimanapun akhirnya dia melibatkan dirinya
di dalam peperangan menentang 'Ali AS selepas mendapat tawaran yang istimewa
daripada Muawiyah.
45. Penyaksian Muawiyah Kedua
A-Qunduzi al-Hanafi di dalam
Yanabi' al-Mawaddah73
daripada Ibn al-Jauzi daripada Qadhi Abu Ya'la di dalam Kitabnya selepas
menyebut jenayah-jenayah Yazid bahawa sesungguhnya Muawiyah bin Yazid manakala
dilantik menjadi khalifah, dia menaiki mimbar dan berkata: Sesungguhnya
khalifah ini adalah tali Allah Ta'ala. Sesungguhnya datukku Muawiyah telah
merebutnya daripada orang lebih berhak menjadi khalifah daripadanya iaitu
'Ali bin Abu Talib.
46. Penyaksian 'Umar bin 'Abdu al-'Aziz
Ibn al-Jauzi al-Hanafi di dalam Tadhkirah
al-Khawwas74
daripada Umar bin 'Abdu l-'Aziz sesungguhnya dia berkata: Kami tidak mengetahui
seorangpun daripada ummat ini selepas Rasulullah SAWAW lebih zuhud daripada
'Ali bin Abu Talib.
47. Penyaksian Mansur al-Dawaniqi
Al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya
bab 16 daripada Sulaiman bin Mihran daripada al-Mansur, sesungguhnya dia
menceritakan kepadanya tentang kemuliaan kedudukan 'Ali, Fatimah, Hasan
dan Husain. Akhirnya Sulaiman berkata kepada al-Mansur: Berilah jaminan
keselamatan kepadaku. Al-Mansur menjawab: Aku beri jaminan keselamatan
kepada anda. Maka dia berkata: Apa pendapat anda pada mereka yang membunuh
mereka itu? Al-Mansur menjawab: Di neraka tidak syak lagi. Dia bertanya
lagi: Apa pendapat anda pada orang yang membunuh anak-anak mereka dan anak-anak
cucu mereka? Al-Mansur mengeleng kepalanya sambil menunjukkan sikap kurang
senangnya kepada pertanyaan tersebut.
48. Penyaksian Harun al-Rasyid
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah75
mencatat bahawa al-Makmun telah meriwayatkan daripada bapanya al-Rasyid
bahawa dia berkata kepada anak-anaknya tentang hak Musa al-Kazim: Ini adalah
imam manusia, hujjah Allah ke atas makhlukNya, dan khalifahNya ke atas
hamba-hambaNya. Aku adalah imam orang ramai pada zahir melalui paksaan
dan kekuatan. Demi Allah sesungguhnya beliau lebih berhak dengan maqam
Rasulullah SAWAW daripada aku dan daripada semua makhluk. Tetapi demi Allah,
sekiranya beliau mempertikaikan aku tentang khalifah, nescaya aku mengungkilkan
kedua-dua matanya.
49. Penyaksian Al-Makmun
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah76
menceritakan tentang surat al-Makmun kepada Bani 'Abbas manakala mereka
cuba mengalihkan pandangannya dari perlantikan Imam al-Ridha AS sebagai
penggantinya. Di antaranya dia berkata: 'Ali adalah orang yang paling alim
di kalangan mereka tentang agama Allah. Beliau dilantik oleh Nabi SAWAW
sebagai wali Mukminin di-Ghadir Khum. Beliau adalah nafs al-Nabi di Hari
Mubahalah. Allah telah mengumpulkan segala kelebihan untuknya dan menurunkan
ayat-ayat Qur'an memujinya. Kita dan anak-anak 'Ali AS pada mulanya 'satu
tangan' (bekerjasama) sehingga kita menguasai urusan khalifah. Lalu kita
mengenakan tekanan ke atas mereka, dan kita membunuh mereka lebih ramai
daripada pembunuhan yang dilakukan oleh Bani Umayyah terhadap mereka.
50. Penyaksian Abu Hanifah
Diriwayatkan dari Manaqib 'Ali bin
Abi Talib77
tentang Imam Ja'far al-Sadiq AS daripada Musnad Abu Hanifah dia berkata:
Husain bin Zaid berkata: Aku mendengar Abu Hanifah ditanya tentang siapakah
orang yang paling alim yang anda ketahui? Dia menjawab: Ja'far bin Muhammad.
Apabila dipanggil oleh Khalifah al-Mansur, dia berkata kepadaku: Wahai
Abu Hanifah! Sesungguhnya orang ramai menabur fitnah tentang Ja'far bin
Muhammad. Oleh itu sedialah soalan-soalan anda yang tajam untuknya. Akupun
menyediakannya empat puluh masalah. Kemudian aku diutuskan untuk berjumpa
Khalifah al-Mansur di Hirah. Maka akupun mendatanginya. Ja'far al-Sadiq
berada di kanannya. Manakala aku melihat kepadanya, aku mulai merasa kehebatan
Ja'far al-Sadiq melebihi kehebatan Khalifah al-Mansur. Akupun memberi salam
kepadanya. Maka dia memberi isyarat kepadaku supaya duduk. Maka akupun
terus duduk kemudian dia berkata: Kemukakan soalan-soalan anda kepada Abu
'Abdillah (Imam Ja'far al-Sadiq). Akupun mengemukakannya kepadanya dan
beliau memberi jawapan kepada aku dan berkata: Kalian berpendapat begitu,
penduduk Madinah mempunyai pendapat yang lain. Tetapi kami berkata begini.
Kadang-kadang seorang itu menurut kami, kadang-kadang menurut mereka dan
kadang-kadang dia menyalahi kami di dalam semua hal, sehingga aku mengemukakan
kepadanya empat puluh masalah, maka beliau menjawab semua masalah itu.
Kemudian Abu Hanifah berkata lagi: Tidakkah orang yang paling alim itu ialah orang yang alim tentang perselisihan (pendapat) orang lain?
51. Penyaksian Malik bin Anas
Diriwayatkan daripada Manaqib 'Ali
bin Abi Talib78
daripada Malik bin Anas RD sesungguhnya dia berkata: Mata tidak pernah
melihat, telinga tidak pernah mendengar, hati tidak pernah terlintas tentang
orang yang lebih baik daripada Ja'far al-Sadiq dari segi keilmuan, ibadah
dan kewarakan.
52. Penyaksian Ahmad bin Hanbal
Muhammad bin Talhah al-Syafi'i telah
meriwayatkan di dalam Matalib al-Su'ul79
daripada Ahmad bin Hanbal RD sesungguhnya dia berkata: Tidak ada seorangpun
daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAWAW mempunyai kelebihan-kelebihan
seperti 'Ali.
53. Penyaksian Muhammad bin Idris
al-Syafi'i RD
Sebilangan besar para ulama Ahlus
Sunnah telah meriwayatkan di dalam buku-buku mereka bahawa Syafi'i telah
ditanya tentang Imam 'Ali bin Abi Talib. Maka dia menjawab: Apakah aku
akan ucapkan kepada seorang lelaki di mana musuh-musuhnya mengingkari kelebihannya
kerana hasad dan tamak. Sementara pencinta-pencintanya pula menyembunyikan
kelebihannya kerana khuatirkan perpecahan. Justeru itu ia melimpahi di
antara dua denyutan jantung.
Di sini diperturunkan beberapa
bait syair Imam Syafi'i memuji Ahlu l-Bait Rasulullah SAWAW sebagaimana
telah dicatat oleh Ibn Hajr di dalam al-Sawaiq al-Muhriqah80.
Wahai Ahlu l-Bait RasulullahIbn al-Sibagh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah telah mencatat syair-syair Syafi'i di antaranya Imam Syafi'i berkata:
cinta kalian satu fardhu daripada Allah
di dalam al-Qur'an diturunkan
Kebesaran kalian telah memadai
sesiapa yang tidak bersalawat ke atas kalian
tidak ada solat baginya
Sekiranya seorang itu menjadi Rafidhi
(Syi'i)
kerana cintanya kepada keluarga Muhammad
hendaklah jin dan manusia persaksikan
bahawa
aku seorang Rafidhi (Syi'i)
Imam Syafi'i berkata:
Sekiranya al-Murtadha ('Ali) mendedahkan
kedudukannya
nescaya manusia akan 'sujud' kepadanya....
Imam Syafi'i juga berkata:
Sayangnya sehingga bila
aku dicela kerana mencintai pemuda ini ('Ali)?
Fatimah tidak mengahwini selain daripadanya ('Ali)
selain daripadanya adakah turun Surah Hal Ata?
Ini adalah sebahagian kecil daripada
syair-syair Imam Syafi'i yang menerangkan kelebihan 'Ali dan Ahlu l-Baitnya
AS. Syair-syair tersebut telah dicatat oleh para ulama Ahlu s-Sunnah di
dalam buku-buku mereka. Lantaran itu rujuklah kepada buku-buku tersebut.
Demikianlah dikemukakan sebahagian daripada penyaksian pemuka-pemuka dan pemimpin-pemimpin mereka tentang kelebihan peribadi mulia yang unik di dunia ini selepas Nabi Muhammad SAWAW. Kerana tidak ada seorangpun sahabat yang dapat menandingi kelebihannya dengan penyaksian penentang-penentangnya sendiri sebagaimana anda mengetahuinya. Ini adalah tulisan daripada limpahan yang banyak.
Sekiranya aku mahu menulis tentang kelebihan Imam 'Ali AS dan mencatat kesemua pendapat pembesar-pembesar ummat ini, cerdik pandai dan lain-lain mengenai kelebihan personaliti yang unik ini, nescaya aku akan memenuhinya dengan berjilid-jilid buku dan aku tidak mampu untuk melakukannya. Walau bagaimanapun tulisan ini sudah cukup bagi orang yang ingin mendengar dan menjadikan dirinya sebagai saksi.