Hadith ini juga telah dikeluarkan oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-'Ummal28 daripada Ibn 'Abbas bahawa Nabi SAWAW bersabda:"Sebaik-baik manusia lelaki ialah 'Ali bin Abi Talib." Di dalam riwayat yang lain: Rasulullah SAWAW bersabda:'Ali adalah sebaik-baik manusia.'
13. Siapa yang mencintai 'Ali, Allah
akan menerima solatnya dan puasanya.
Al-Khawarizmi telah mencatat hadith
ini di dalam Manaqib29nya
dengan sanadnya daripada Nafi' daripada Ibn Umar berkata: Rasulullah SAWAW
bersabda: Sesiapa yang mencintai 'Ali, Allah akan menerima solatnya, puasanya,
ibadahnya dan memperkenankan doanya. Dan siapa yang mencintai keluarga
Muhammad, nescaya dia akan terlepas daripada Hisab, Mizan dan Sirat. Dan
sesiapa yang mati dalam keadaan cintakan keluarga Muhammad, maka aku menjaminkan
baginya syurga bersama para nabi. Dan sesiapa yang membencikan keluarga
Muhammad, akan datang Hari Kiamat tertulis di dahinya, orang yang putus
asa dari nikmat Tuhan.
Salih al-Hanafi di dalam al-Kaukab30, meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Siapa yang mencintai anda wahai 'Ali adalah bersama para nabi di Hari Kiamat dan siapa yang memarahi anda maka dia akan mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani.'
Aku berpendapat: Banyak hadith-hadith Rasulullah SAWAW yang menyebutkan faedah-faedah cintakan imam 'Ali AS dan kemudaratan memarahinya di dalam Arjah al-Matalib31. Dia berkata 'Abdullah bin Mas'ud berkata bahawa Rasulullah SAWAW bersabda:'Cinta kepada keluarga Muhammad satu hari adalah lebih baik daripada ibadah setahun. Dan siapa yang mati kerananya, akan memasuki syurga.'
Ketahuilah wahai saudara pembaca budiman! Sesungguhnya cinta yang dimaksudkan di dalam hadith ini bukanlah cinta kenalan biasa kerana cinta sedemikian boleh berlaku kepada 'Ali dan orang lain. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan cinta di sini ialah cinta yang dikuti dengan pengakuan wilayah umum untuknya. Dan jelas sekali orang yang mendahulukan musuhnya daripada kekasihnya, maka cintanya adalah palsu. Ini adalah satu hakikat yang tidak dapat disembunyikan oleh setiap pemikir yang insaf.
Banyak hadith-hadith Nabi SAWAW yang menggalakkan cinta kepada Ahlu l-Bait AS dan memperwalikan mereka. Justeru itu ianya menjadi wajib 'Aini bagi setiap mukallaf mengambil hukum-hukum agamanya daripada orang-orang yang telah dinaskan ke atas mereka oleh Rasulullah SAWAW kerana kemaksuman mereka. Ini kerana orang yang bukan maksum tidak layak untuk memikul tugas yang besar dan berat ini disebabkan kesalahan akan berlaku daripadanya. Dan telah ditetapkan di dalam ilmu l-usul bahawa apabila kemaksuman tidak ada, maka berlakulah kesalahan atau ketepatan. Mungkin dia memberi fatwa menyalahi nas sebagaimana telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman. Justeru itu berpegang kepada mereka adalah tidak harus. Apa yang telah disabitkan di sisi kami bahawa imam wajiblah dinaskan ke atasnya daripada Allah yang mengetahui rahsia dan apa yang tersembunyi. Oleh itu Rasulullah SAWAW yang maksum tidak akan berwasiat kepada orang yang tidak maksum kerana beliau sendiri diperintahkan oleh Allah SWT. Dan beliau tidak bercakap menurut hawa nafsunya.
14. 'Anda adalah saudaraku dan wazirku.'
Hadith ini telah dicatat oleh al-Muttaqi
al-Hindi di dalam Kanz al-'Ummal32
dengan sanadnya daripada Ibn 'Umar.
15. 'Bintang-bintang adalah
pengaman bagi pengulu langit dan Ahlu l-Baitku adalah pengaman kepada ummatku.'
Hadith ini telah diriwayatkan oleh
al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah33.
16. 'Tutuplah semua pintu kecuali
pintu 'Ali.'
Al-Nasa'i telah meriwayatkan hadith
ini di dalam al-Khasa'is34
dengan membuang sanadnya daripada Zaid bin Arqam bahawa dia berkata: Beberapa
orang sahabat Rasulullah SAWAW mempunyai pintu-pintu sebagai jalan ke masjid.
Maka Rasulullah SAWAW bersabda: Tutup semua pintu kecuali pintu 'Ali. Maka
orang ramai mula bising. Lalu Rasulullah SAWAW berdiri memuji Allah dan
bersabda:'Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menutup kesemua pintu-pintu
kecuali pintu 'Ali. Aku diperintahkan untuk melalukannya, lalu aku mematuhinya.
Hadith ini juga dicatat oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak35, al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba36 dan lain-lain.
17, 'Ali bersama al-Qur'an dan al-Qur'an
bersama 'Ali.'
Al-Qunduzi al-Hanafi telah mencatatnya
di dala Yanabi' al-Mawaddah37
dan al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin38.
18. 'Ali adalah pintu Muslimin.'
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah39
meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas dia berkata:Rasulullah SAWAW bersabda
kepada Umm Salmah:'Wahai Umm Salmah! 'Ali adalah daripada aku dan aku adalah
daripada 'Ali. Dagingnya adalah dari dagingku dan darahnya daripada darahku.
Kedudukan beliau di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa. Wahai
Salmah! Dengarlah dan persaksikanlah, ini adalah 'Ali penghulu Muslimin.'
19. 'Ali adalah penghulu 'Arab.'
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah40
meriwayatkan daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAWAW bertanya:'Siapakah
penghulu Arab? Anda wahai Rasulullah. Beliau menjawab:'Aku adalah penghulu
anak Adam (manusia) dan 'Ali adalah penghulu Arab.'
20. 'Ali adalah makhluk yang paling
dikasihi oleh Allah dan RasulNya.'
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Qunduzi
al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah41
melalui sanad Safinah dia berkata: Seorang perempuan Ansar telah menghadiahkan
kepada beliau SAWAW dua ekor burung yang dibakar dengan roti. Maka beliau
bersabda:'Wahai Tuhanku! Bawa datanglah kepadaku orang yang paling dikasihi
oleh Kamu dan RasulNya.' Maka 'Alipun datang dan makan bersama-samanya.
21. 'Allah memperkuatkan RasulNya
dengan 'Ali.'
Hadith ini telah dicatat oleh al-Tabari
di dalam Dhakha'ir al-'Uqba42
daripada Ibn al-Hamis.
22. 'Siapa yang memarahi 'Ali maka
Allah akan memasukkannya ke neraka.'
Hadith ini telah dicatat oleh al-Qunduzi
al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah43.
23. 'Ali adalah orang yang pertama
beriman kepada Nabi SAWAW.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah44
meriwayatkan daripada Abu Laila al-Ghifari dia berkata: Aku mendengar Rasulullah
SAWAW bersabda: 'Selepasku akan ada fitnah. Dan sekiranya berlaku, maka
berpihaklah kepada 'Ali bin Abu Talib AS kerana beliau adalah orang yang
pertama beriman denganku, dan orang yang pertama berjabat tangan denganku
di Hari Kiamat. Beliaulah al-Siddiq al-Akbar, Faruq al-Ummah dan beliaulah
Ya'sub Mukminin.'
24. 'Ali adalah wasi Rasulullah SAWAW.'
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah45
meriwayatkan daripada Ahmad bin Hanbal dan dikaitkan dengan Anas bin Malik
dia berkata: Kami berkata kepada Salman: Tanyalah Nabi tentang wasinya.
Salman berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah wasi anda? Maka Rasulullah SAWAW
bersabda:'Wahai Salman siapakah wasi Musa?' Beliau menjawab:'Yusyu' bin
Nun.' Beliau SAWAW bersabda:'Wasiku, pewarisku yang akan membayar hutangku
dan melaksanakan janjiku ialah 'Ali bin Abu Talib.'
25. 'Siapa yang mencintai 'Ali
akan dicintai Allah.'
Al-Hakim di dalam al-Mustadrak46
telah meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas sesungguhnya dia berkata: Nabi SAWAW
telah melihat kepada 'Ali AS dan bersabda:'Wahai Ali! Anda adalah penghulu
di dunia dan di akhirat. Kekasih anda adalah kekasihku, kekasihku adalah
kekasih Allah. Musuh anda adalah musuhku, musuhku adalah musuh Allah. Dan
Neraka Wail bagi orang yang memusuhi anda selepasku.'
26. 'Cinta kepada 'Ali adalah satu
keimanan dan memusuhinya adalah satu kemunafikan.'
Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan
hadith ini di dalam Musnad47nya
daripada 'Ali AS beliau bersabda:'Nabi telah menjanjikan kepadaku bahawa
anda tidak akan dikasihi melainkan oleh mukmin dan anda tidak akan dibenci
melainkan oleh munafiq.'
27. 'Di antara petanda munafiq ialah
memarahi 'Ali.'
Al-Hakim di dalam al-Mustadrak48
telah meriwayatkan hadith ini daripada Abu Dhar RD berkata:'Kami tidak
dapat mengenali orang-orang munafiq melainkan pembohongan mereka terhadap
Allah, RasulNya, meninggalkan solat dan memarahi 'Ali bin Abu Talib.'
28. Tiga sifat istimewa bagi Amirul
Mukminin AS.
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad49nya
telah meriwayatkan daripada Ibn 'Umar, dia berkata:'Sebaik-baik manusia
pada zaman Nabi SAWAW ialah Rasulullah SAWAW. Kemudian Abu Bakar kemudian
Umar. Sesungguhnya 'Ali bin Abu Talib telah dikurniakan tiga sifat istimewa.
Sekiranya satu daripadanya dikurniakan kepadaku, adalah lebih aku cintai
daripada dunia keseluruhannya. Rasulullah SAWAW telah mengahwininya dengan
anak perempuannya. Kemudian anak perempuannya melahirkan anak daripadanya.
Beliau SAWAW telah menutup semua pintu-pintu selain daripada pintunya di
masjid dan memberikan kepadanya bendera Khaibar.'
29. Allah mewajibkan ke atas makhlukNya
supaya mencintai 'Ali.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi'
al-Mawaddah50
meriwayatkannya daripada al-Khawarizmi dengan sanadnya daripada Imam Muhammad
al-Baqir AS daripada Jabir bin 'Abdullah RD dia berkata:"Rasulullah SAWAW
bersabda:'Jibra'il datang kepadaku dengan membawa kertas hijau daripada
syurga tertulis di atasnya:'Sesungguhnya Aku adalah Allah. Aku mewajibkan
kasih sayang makhlukku ke atas 'Ali. Justeru itu sampaikanlah kepada mereka
mengenainya wahai Rasulullah."